Jabatan Imigresen, yang kini giat memburu pekerja asing tanpa izin, turut memberi tumpuan terhadap pendatang tanpa izin yang terlibat dengan perniagaan di seluruh negara.
Ketua pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata jabatan itu akan bekerjasama rapat dengan majlis tempatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk membasmi kegiatan itu.
Rakyat Malaysia sendiri turut bertanggungjawab bagi kemunculan perniagaan dikendalikan pendatang tanpa izin di bandar utama kerana orang tempatan merupakan pemegang lesen atau pemilik premis perniagaan yang digunakan golongan itu, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tentang ekspatriat dan pekerja asing di sini pada Isnin.
Beliau berkata jika dilihat bagaimana golongan pendatang boleh mengembangkan empayar perniagaan mereka, adalah dipercayai, mereka yang mendalangi aktiviti itu terdiri daripada rakyat Malaysia sendiri yang bertindak mengambil bekerja dan melindungi pendatang tanpa izin.
"Pendatang ini akhirnya menjadi majikan dan menguasai perniagaan di kawasan tertentu," katanya.
Mustafar berkata pendatang hanya diberi pas lawatan sosial dan tidak boleh bekerja atau berniaga kerana dokumen itu hanya memberi kebenaran kepada mereka untuk berada di negara ini bagi tujuan bercuti.
"Jika mereka diambil (secara sah) untuk menjadi pekerja, mereka hendaklah kekaI sebagai pekerja dan tidak boleh menjadi peniaga, memiliki premis atau entiti perniagaan yang bertentangan dengan undang-undang negara ini," katanya.
Menurut Mustafar, sesetengah pendatang tanpa izin menetap di negara ini dan bekerja di beberapa syarikat sejak lebih 11 tahun lepas.
"Kami percaya mereka menyusup masuk ke negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan sah melalui lorong tikus dan, yang anehnya, majikan tempatan terus mengambil mereka bekerja. Setelah berada di negara ini untuk sekian lama, kini mereka mempunyai perniagaan sendiri," katanya.
Beliau berkata sesetengah pendatang yang masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial atau pas pekerja sementara, berkahwin dengan wanita Malaysia dan mendapat lesen serta menjalankan perniagaan melalui isteri masing-masing.
Katanya, perbuatan pendatang menguasai sesetengah jenis perniagaan menyekat peluang rakyat tempatan untuk berniaga.
Mustafar berkata pemantauan ketat dan secara berterusan perlu dilakukan untuk membolehkan isu ini ditangani dengan berkesan dan menurut beliau, terdapat juga pendatang mengendalikan premis perniagaan yang terlibat dengan penyakit sosial seperti hiburan haram, rumah urut dengan 'perkhidmatan tambahan' dan pelacuran.
"Premis ini, yang menjadi ancaman kepada keharmonian sosial, perlu segera ditutup oleh majlis tempatan. Kami sudah bertindak demikian bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui operasi baru-baru ini.
"Pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab bagi pengeluaran lesen hiburan dan lesen premis perniagaan, manakala Imigresen pula bertanggungjawab bagi urusan mendokumentasikan pendatang.
"Oleh itu, kami perlu bekerjasama dan mengadakan operasi bersepadu secara besar-besaran serta berkala bagi mengatasi isu itu," katanya.
Mustafar berkata sekiranya isu itu berlarutan, akan wujud persepsi negatif terhadap kerajaan kerana orang ramai akan mula menyalahkan pihak berkuasa, terutama Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya.
Menurut beliau, 31 Ogos adalah tarikh akhir bagi pendatang tanpa izin menyerah diri secara sukarela dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan ditangkap dan didakwa.
Katanya, setelah berakhir program pengambilan semula pekerja haram pada 30 Jun, sebanyak 4,500 pendatang tanpa izin dan 656 majikan yang mengambil bekerja dan melindungi pendatang tanpa izin telah ditangkap dan kebanyakan mereka dihadapkan ke mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018
Menurut Mustafar, sesetengah pendatang tanpa izin menetap di negara ini dan bekerja di beberapa syarikat sejak lebih 11 tahun lepas. - Gambar fail
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat
Pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta diperintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi 4 pagi, 31 Ogos
Semua operasi rel merangkumi tren LRT, MRT dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.
Menghayati roh kemerdekaan dan memaknai Hari Malaysia: Membebaskan minda, jiwa dan raga
31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan.
Putrajaya bergemerlapan, sambutan Ambang Merdeka 2022 meriah
Sejak dari jam 8.30 malam, orang ramai sudah mula berkumpul dan jumlahnya lebih ramai apabila melepasi jam 10 malam.
Patrotisme belia: Mendukung janji diri
Janji diri golongan belia yang dimaksudkan adalah belia yang memiliki pemahaman yang jelas tentang jati diri terhadap kesedaran budaya, agama dan sahsiah kenegaraan.
PM umum minggu ini status PKPP - Ismail Sabri
Sama ada PKPP akan disambung atau tidak, beliau akan umumkan, kata Ismail Sabri pada sidang media perkembangan PKPP di bangunan Parlimen.
Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian
Idea bijak!
Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.
Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tidak harus dipertikai - Timbalan Ketua Menteri Sabah
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew menyifatkan bahawa 'kontroversi panas' mengenai sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Kenyataan 'Sarawak tak perlu rai 31 Ogos' boleh bawa perpecahan
Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat kenyataan Tan Sri James Jemut Masing boleh membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.
'31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' - James Masing
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Masing hari ini menegaskan tarikh 31 Ogos tiada kena mengena dengan Sarawak.