Jabatan Peguam Negara telah memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi pihak Kerajaan Persekutuan, antara lain untuk mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor berdekatan Gua Musang.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, yang memetik Peguam Negara Tommy Thomas, turut difailkan adalah injunksi bagi menghalang pencerobohan dan pemusnahan tanah adat demi keuntungan komersial pihak swasta.
Buat pertama kali sejak kemerdekaan, Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan prosiding mahkamah bagi pihak Orang Asli dalam memberikan pengiktirafan tanggungjawab perlembagaan dan perundangan untuk melindungi, serta menggalakkan kesejahteraan dan kemajuan mereka, katanya.
"Sedar akan keperitan yang dialami oleh Orang Asli, Perdana Menteri dan kabinet telah memutuskan bahawa prosiding undang-undang harus dipertimbangkan untuk mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap Orang Asli. Tambahan pula ini menepati janji manifesto.
"Defendan-defendan ialah Kerajaan Negeri Kelantan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta lima entiti swasta. Benefisiari tindakan ini ialah Orang Asli. Litigasi ini tidak melibatkan sebarang tanggungan kos bagi Orang Asli," katanya.
Menurut kenyataan itu, Kerajaan Negeri Kelantan dan agensinya baru-baru ini telah mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swasta, dan dengan menggunakan jentera berat mereka telah menebang dan membawa keluar kayu balak dari kawasan hutan yang luas, yang diterangi untuk dijadikan ladang durian dan pokok getah.
Namun, katanya, kerajaan Kelantan tidak berunding dengan Orang Asli Temiar sebelum meluluskan lesen pembalakan atau menawarkan apa-apa pampasan atas penafian hak tanah adat dan sumber keperluan Orang Asli.
Thomas berkata tindakan itu telah mengakibatkan Orang Asli Temiar dinafikan tanah adat dan sumber menyebabkan hakisan, pencemaran dan kemusnahan teruk terhadap sistem ekologi dan landskap Pos Simpor.
Menurut kenyataan itu lagi, walaupun Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai bidang kuasa ke atas perkara berkaitan tanah, perhutanan dan galian, namun mereka turut terikat dengan kewajipan utama dan tidak boleh diketepikan untuk melindungi dan memelihara kesejahteraan Orang Asli Temiar."Malangnya, hak asasi Orang Asli sebagai warganegara telah diabai dan dilanggari untuk sekian lamanya. Penebangan hutan berleluasa dan pembangunan komersial telah menerobos masuk ke dalam wilayah adat Orang Asli. Dalam kebanyakan keadaan, Orang Asli tidak dirundingi, malah langsung tidak dipertimbangkan.
"Jarang sekali mereka diberi pampasan yang adil. Mereka biasanya mengelakkan daripada memberikan tentangan atau konfrontasi secara langsung dan sebaliknya berundur jauh ke dalam hutan," tambahnya.
Menurut kenyataan itu, mana-mana Orang Asli yang cuba bertahan dan mempertahankan tanah adat mereka akan berdepan kuasa yang amat tidak seimbang dan terpaksa berlawan dengan pihak berkuasa dan bersumber tanpa sesiapa pun berjuang untuk mereka.
Tambahnya, hak asasi Orang Asli di seluruh dunia telah diiktiraf, diisytiharkan dan dikuatkuasakan dalam kes-kes yang mendapat perhatian mahkamah seperti mahkamah tertinggi di Australia, Kanada dan India yang telah mengiktiraf sejumlah hak-hak orang asal mereka atau 'first nations'.
"Sudah tiba masa Malaysia turut bersama negara-negara yang mengiktiraf dan melindungi hak-hak Orang Asli," katanya.
Thomas berkata Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal 2007 (UNDRIP) menekankan prinsip persetujuan yang bebas, terdahulu dan termaklum oleh mereka yang akan terkesan dengan cadangan kerja-kerja komersial dan dengan itu memberikan sokongan undang-undang antarabangsa awam kepada Orang Asli di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 18 2019
THOMAS: Sudah tiba masa Malaysia turut bersama negara-negara yang mengiktiraf dan melindungi hak-hak Orang Asli. - Gambar fail
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Jabatan Peguam Negara fail tindakan sivil mengenai tanah adat Orang Asli Temiar
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi pihak Kerajaan Persekutuan, antara lain untuk mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos
Isu tanah adat sekat kelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo
Penduduk yang mendakwa mempunyai hak tanah adat ke atas tanah yang diperuntukkan untuk sebahagian daripada projek lebuh raya itu, tidak mahu menyerahkan hartanah mereka.