Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin menyeru umat Islam di negara ini untuk saling mendengar suara dan pandangan antara satu sama lain, dengan menjadikan ibrah (pengajaran) Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik dalam membina Malaysia baharu.
Timbalan Perdana Menteri berkata selain itu mereka juga perlu meraikan persamaan serta bertolak ansur dalam perkara yang berbeza.
"Menjadikan baginda Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan atau model hidup seseorang manusia tidak pernah merugikan. Baginda telah menunjukkan contoh teladan terbaik sama ada sebagai seorang lelaki, suami, bapa, guru, pemimpin, panglima perang, diplomat dan lain-lain lagi.
"Rasullah SAW sentiasa berpandangan jauh dan dalam masa yang sama tidak lupa berfikir mencari yang terbaik bagi umat baginda dalam isu-isu semasa yang berlaku di sepanjang hayat baginda," katanya dalam perutusan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1440H.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, Timbalan Perdana Menteri turut mengajak umat Islam untuk bersama-sama membuat sedikit anjakan paradigma dalam mengamalkan ajaran Rasulullah SAW agar ia tidak hanya berlegar dalam konteks amalan kendiri sahaja.
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, umat Islam turut dinasihati untuk meletakkan azam dalam jiwa agar ajaran baginda disebarluaskan kepada seluruh manusia sejagat.
Timbalan Perdana Menteri berkata sungguhpun terdapat pihak yang cuba menafi, menyaingi dan menandingi ajaran baginda dengan memberi ajaran alternatif, namun ia tetap unggul dan utuh sebagai yang terbaik serta menyeluruh kerana ajaran baginda adalah berasaskan wahyu serta bukan sekadar satu ideologi dan pemikiran semata-mata.
"Dilihat daripada ajaran, bimbingan, suruhan, larangan dan teladan yang telah baginda tunjukkan semuanya menyelamatkan manusia daripada kehancuran sama ada kepada diri, masyarakat atau dunia sejagat," jelasnya.
Dr Wan Azizah turut menyeru umat Islam melakukan pengisian yang bermanfaat dan berguna dalam suasana sambutan Maulidur Rasul 1440H agar kita dapat meningkatkan kefahaman dan ibrah daripada sirah dan sunnah baginda Rasulullah.
"Justeru, janganlah usaha ini hanya pada musim Maulidur Rasul sahaja bahkan untuk sepanjanghayat kita sebagai umat. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1440H," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 19 2018
DR WAN AZIZAH: Rasulullah SAW sentiasa berpandangan jauh dan dalam masa yang sama tidak lupa berfikir mencari yang terbaik bagi umat baginda dalam isu-isu semasa yang berlaku di sepanjang hayat baginda. -Gambar fail
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tumpahnya air mata penyanyi Aris Ariwatan dijemput ke Tanah Suci
Penyanyi Aris Ariwatan tidak dapat menahan sebak selepas mengenang keluarga dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau.
Jadikan pengajaran Rasulullah sebagai model terbaik Malaysia baharu - TPM
Dr Wan Azizah turut mengajak umat Islam untuk bersama-sama membuat sedikit anjakan paradigma dalam mengamalkan ajaran Rasulullah SAW agar ia tidak hanya berlegar dalam konteks amalan kendiri sahaja.