Umat Islam perlu menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk mengawal nafsu dan tidak menganggap ia semata-mata bulan untuk beribadah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata dengan mengawal nafsu umat Islam tidak akan melakukan apa sahaja yang dilarang oleh agama dan masyarakat.
"Kita anggap puasa ini sebagai satu ibadah yang penting dalam membentuk peribadi kita. Kerana dalam bulan puasa kita mengawal diri daripada melakukan apa-apa yang dilarang oleh agama Islam khususnya, bukan hanya tak boleh makan tetapi masih banyak lagi yang perlu kita kawal.
"Ini adalah khasiat daripada amalan puasa pada bulan Ramadan. Insya-Allah kita akan dapat berpuasa dalam keadaan yang sempurna dan saya harap kita semua akan menjadi manusia yang lebih baik kerana kawalan diri yang kita amalkan," katanya dalam rakaman perutusan Ramadan yang disiarkan pada Ahad.
Perdana Menteri juga mengingatkan umat Islam supaya tidak membazir dengan membeli juadah secara berlebihan di bazar Ramadan.
"Walaupun kita sedar bahawa mereka yang mengadakan bazar Ramadan ini berharap untuk mendapat pendapatan yang lebih baik dalam bulan Ramadan, tetapi pada masa yang sama kita juga mesti kawal diri dan tidak membazir wang yang ada pada kita," katanya lagi.
Terdahulu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam Malaysia akan mula berpuasa pada Isnin, 6 Mei 2019.
Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Ahad berdasarkan perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Astro Awani
Sun May 05 2019
Dr Mahathir mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan pembaziran dengan membeli juadah secara berlebihan di bazar Ramadan.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Kelantan benarkan bazar, Madinah Ramadan
Peniaga dan pelanggan bazar Ramadan serta peserta program Madinah Ramadan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.
Peniaga bazar harap dapat kembali berniaga minggu akhir Ramadan
Peniaga bazar Ramadan kampung Melayu, di Pulau Pinang yang diarah tutup selama tiga hari berharap dapat kembali berniaga.
Penganjur diingat baiki aspek kelonggaran pematuhan SOP Bazar Ramadan, Aidilfitri
Beliau juga mahu penganjur sentiasa peka kepada SOP dan tidak harus mengambil ringan sehingga ada tindakan daripada pihak berkuasa.
Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah
Perkara tersebut diputuskan setelah bermesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad berkenaan SOP di bazar Ramadan.
'Tiada siapa paksa beli, kalau rasa mahal masak sendiri'
Kebanyakan pengguna memberi pelbagai pandangan berkenaan perkongsian tersebut antaranya pemilik akaun Facebook, Nik Mohd Kamaruzaman yang kurang senang dengan tindakan individu yang menularkannya.
Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.
Bazar tidak akan dibuka di Johor buat masa ini
Keputusan itu adalah susulan persetujuan yang dicapai kerajaan negeri bersama semua PBT.
Keahlian cecah 65,000, BROSS bakal dijenama semula
Susulan sambutan yang cukup luar biasa BROSS bakal dijenamakan semula sebagai Bazar Rakyat Sarawakku Sayang.
Normal baharu: Bimbang lambakan stok, penjual songkok nekad jual dalam talian
Pengusaha Sinar Songkok Melayu, Mohd Fahirurazi Yahya berkata, lazimnya dalam tempoh setahun beliau mampu menjual 25,000 songkok.
Bazar online cabaran baharu peniaga di Kedah sepanjang PKP
Ramadan tahun ini membuka peluang baharu kepada peniaga untuk menjual barangan mereka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).