Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam agar menjaga nikmat iman dan Islam yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kerana dua nikmat ini akan menentukan hala tuju dan nasib hamba Allah di akhirat kelak.
Baginda bertitah ia penting kerana umat Islam di seluruh dunia ketika ini sedang menghadapi suasana dan ujian yang sukar.
"Umat Islam di negara kita juga sedang diuji dengan usaha-usaha untuk menafikan kedudukan Islam seperti yang dijamin dalam perlembagaan.
"Oleh itu jagalah kunci penting peristiwa hijrah iaitu kesatuan dan perpaduan ummah sebagaimana kesatuan Muhajirin mendukung perjuangan Islam dan semangat perpaduan Ansar menerima saudara Muhajirin yang tidak dikenali," titah baginda pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Baginda bertitah kunci penting iaitu kesatuan dan perpaduan ummah telah membawa kepada terbinanya Madinah yang menjadi model kerajaan Islam terbilang yang dipenuhi rahmat kepada seluruh masyarakat, sama ada penduduknya Islam atau bukan Islam.
"Oleh yang demikian bersempena dengan sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu pada hari ini, marilah kita mengambil semangat dan pengajaran daripada peristiwa hijrah untuk menyantuni dan berkasih sayang antara sesama umat Islam.
"Selain itu, konsep kasih sayang ini juga dapat membanteras kemiskinan dan masalah sosial dengan cara menyantuni fakir miskin dan orang-orang yang tidak mampu serta saling menawarkan bantuan sesama umat Islam. Semoga Allah SWT mengurniakan tahun hijrah 1440 yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya," titah baginda.
Terdahulu, keberangkatan tiba baginda bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail disambut Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pimpinan tertinggi kerajaan negeri.
Bekas pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Talib Abdul Rahman, 65, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri berdasarkan sumbangan dan komitmen beliau dalam meninggikan syiar Islam di Terengganu. -- Bernama
Bernama
Tue Sep 11 2018
bersalaman dengan hadirin ketika berangkat pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat negeri di Stadium Negeri hari ini. - BERNAMA
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.