Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sedang mengenal pasti lokasi sebuah kumpulan ajaran sesat 'Imam Mahdi' yang didakwa berpusat di negeri ini.
Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusop Husin berkata jabatan itu memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menyalurkan maklumat mengenai ajaran sesat itu dan ajaran sesat lain untuk dibanteras.
"Dalam mengekang ajaran Imam Mahdi atau mana-mana ajaran yang menyeleweng, JAIPk telah menubuhkan jawatankuasa untuk menanganinya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria di sini, pada Ahad.
Mohd Yusop mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada Sabtu lepas yang melaporkan kumpulan itu diketuai seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahdi bercadang mewujudkan kumpulan bersenjata digelar Tentera Mahdi.
Laporan itu menyebut kumpulan berkenaan sedang mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan pengaruh seorang ulama untuk menarik orang awam untuk menyertai kumpulan berkenaan selain didakwa sedang mengumpulkan senjata untuk berperang.
Mengulas lanjut, Mohd Yusop berkata sememangnya mengikut ajaran Islam, Imam Mahdi akan turun ke bumi namun ia tidak sepatutnya mengajak kepada pemberontakan dan ketenteraan dan jelas tindakan kumpulan ajaran sesat itu sah menyeleweng daripada fakta.
Berhubung dakwaan terdapat tokoh ulama yang telah menyertai kumpulan tersebut dan sedang mempengaruhi orang ramai, beliau berkata JAIPk sedang menyiasat perkara itu.
Dalam pada itu, beliau berkata JAIPk dengan kerjasama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah merumuskan garis panduan untuk mengenal pasti ajaran sesat serta aktiviti perbomohan yang menyalahi hukum syarak.
Katanya garis panduan itu menunggu pengesahan daripada Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria serta Majlis Fatwa sebelum diedarkan kepada orang ramai.
Bernama
Sun Jul 24 2016
Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusop Husin (gambar) berkata jabatan itu memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menyalurkan maklumat mengenai ajaran sesat itu dan ajaran sesat lain untuk dibanteras.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
JAIPk sedang kenal pasti lokasi kumpulan ajaran sesat 'Imam Mahdi'
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sedang mengenal pasti lokasi sebuah kumpulan ajaran sesat 'Imam Mahdi' yang didakwa berpusat di negeri ini.