Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengambil berat dakwaan berlakunya salah laku oleh pegawainya dalam proses pemberian pensijilan halal, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Katanya, permintaannya sebelum ini supaya pihak yang membuat dakwaan berkenaan supaya menyertakan bukti tidak bermakna tiada sebarang siasatan dibuat berkenaan perkara itu.
"Dalam Jakim, kita sedang laksanakan siasatan dan kita tidak akan berkompromi sekiranya ada berlaku salah laku dari segi proses pensijilan itu
"Sesiapa saja boleh datang memberi maklumat dan kita akan melindungi identiti 'whistle blower' itu kerana kita amat ambil berat integriti Jakim," katanya kepada kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Rahmah 3R, di sini, pada Sabtu.
Beliau mengulas artikel terbaru oleh oleh Murray Hunter di laman web Asia Sentinel pada semalam bertajuk 'Jakim's Halal Crisis Deepens' yang menurutnya mendakwa Jakim tidak bersungguh-sungguh menyiasat salah laku itu dan pemberi maklumat (whistle blower) tidak berani untuk memberi maklumat berkaitan perkara berkenaan.
Pada 13 Okt lalu, Ahli Parlimen Kuantan itu dilaporkan mengingatkan pihak yang membuat dakwaan itu untuk segera mengemukakan bukti kepada Jakim yang telah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang, sekiranya perlu.
Beliau turut mempersoalkan integriti laman web yang menerbitkan artikel itu kerana menurutnya, pejabat Asia Sentinel di Kanada dan Hong Kong telah ditutup.
Mengenai penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP), beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang berkata 542 MPKKP dengan 7,046 ahli akan menjalankan tugas bermula 1 Jan 2020 di negeri ini.
Beliau berkata dengan penubuhan MPKKP ini, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) negeri tidak lagi akan dibiayai kerajaan persekutuan dan terserah kepada kepada kerajaan negeri untuk meneruskan aktivitinya.
Katanya, PH pada asasnya tidak mahu menubuhkan MPKKP kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat di akar umbi tetapi tidak dapat mengelakkanya kerana MPKK negeri terlibat dalam politik.
--BERNAMA
Bernama
Sun Oct 27 2019
Menurut Fuziah Salleh, Jakim sedang laksanakan siasatan dan tidak akan berkompromi sekiranya ada berlaku salah laku dari segi proses pensijilan itu. - BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan
Peru berhasrat menjadi pengeksport produk makanan halal selepas memperoleh sijil halal Malaysia tahun ini.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia dan UAE raih kedudukan teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global tahun ke-10 berturut-turut
Malaysia raih kedudukan teratas dalam GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut - HDC
Malaysia sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).
Jakim meterai MoU pembangunan bidang halal bersama Brunei, Indonesia dan Singapura
Ia antara lain melibatkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang pensijilan halal selain pertukaran hasil penyelidikan.
Sektor berkaitan Islam, halal, mesra Muslim dijangka bernilai RM35.7 trilion menjelang 2025 - Fahmi Fadzil
Malaysia mengekalkan status kepimpinan globalnya dalam sektor itu selama sembilan tahun berturut-turut seperti yang diiktiraf GIEI.
MATRADE akan perkenal Platform 'Hab Pengetahuan' pada MIHAS 2023
Platform dinamik itu bertujuan menyediakan perspektif komprehensif mengenai cabaran dan peluang dalam industri halal global.
Malaysia perlu manfaatkan kepakaran dalam industri halal - PM
Perdana Menteri berkata terdapat beberapa cabaran yang harus ditangani dalam industri halal, antaranya memastikan kecepatan dan efisien dalam pengeluaran sijil halal.
MIHAS 2023: Hab pengetahuan MATRADE tumpuan utama bagi perbincangan perspektif industri halal
Matrade optimis capai sasaran jualan eksport RM2.1 bilion menerusi pameran edisi ke-19 ini, yang bakal berlangsung bermula 12 -15 September ini.
Pertumbunan pesat ekonomi halal perlu usaha pengharmoniaan undang-undang syariah, sivil - Mohd Na'im
Proses pengharmonian undang-undang di Malaysia yang bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, berdepan cabaran dan tentangan.