Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos akan berdepan dengan satu lagi pertuduhan baharu selepas beliau didakwa keluar negara secara haram.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, Jamal yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh akan didakwa mengikut Seksyen 51 Akta Imigresen 1953/1963.
Menurutnya, pertuduhan baharu itu adalah susulan laporan polis dilakukan pihaknya sebaik sahaja Jamal diekstradisi ke negara ini pada 5 Julai lalu.
"Untuk makluman susulan ekstradisi Jamal ke tanah air, satu laporan polis juga dibuat atas kesalahan keluar daripada negara ini tanpa mengikut jalan yang tidak sah.
"Kita melihat kesalahan lain oleh Jamal di bawah Seksyen 51 Akta Imigresen 1953/1963. Ini akan menambah lagi kepada kes-kes yang kita buka sebelum ini," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
BACA: Ikat jamin ditolak, Jamal dibawa ke penjara Sungai Buloh
BACA: Sejurus tiba di KLIA, Jamal terus dibawa polis ke Ampang
BACA: Jamal Yunos ditangkap ketika sedang gunting rambut
Mazlan berkata, tarikh sebutan kes seterusnya ke atas Jamal akan dibuat pada 31 Julai ini di mahkamah.
Jamal, 48 tahun, sebelum ini dipercayai menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor pada 25 Mei lalu.
Astro AWANI melaporkan Jamal ditahan ketika sedang menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta Selatan.
Menurut sumber keselamatan, Jamal bersembunyi di beberapa lokasi sebelum dia ditangkap pada jam 6.15 petang (waktu Malaysia) pada 2 Julai lalu oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).
Setakat ini, Jamal berdepan empat pertuduhan iaitu dua di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan dan satu bagi kes Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kegusaran awam serta Seksyen 224 kerana melarikan diri dalam tahanan yang sah.
Astro Awani
Tue Jul 10 2018
Mazlan berkata, Jamal yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh akan didakwa mengikut Seksyen 51 Akta Imigresen 1953/1963. - fotoBernama
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.
Imigresen tahan 14,361 pendatang tanpa izin setakat 23 Feb
Jabatan Imigresen (JIM) telah menjalankan 2,528 operasi bermula 1 Jan hingga 23 Feb lepas dengan penahanan 14,361 pendatang tanpa izin.
Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran 'outcall girl'
JIM berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran outcall girl dalam satu Operasi Khas pada 5 Januari lalu di Kuala Lumpur.
31 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi di ibu kota
Operasi tertumpu di kawasan panas sekitar pusat beli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Suria KLCC dan Pintasan Saloma.
Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas
14 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan adalah rakyat China, termasuk ketua sindiket.
PDRM kerjasama dengan ONBC, polis Laos siasat kes raja dadah Malaysia
PDRM menerusi JSJN menjalin kerjasama dengan ONCB Thailand dan polis Laos berhubung kes penahanan seorang lelaki yang didakwa sebagai 'raja dadah Malaysia' di Laos baru-baru ini.
APMM Tawau ingatkan pengguna pengangkutan laut guna jaket keselamatan
APMM Zon Maritim Tawau mengingatkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan laut agar tidak alpa terhadap penggunaan jaket keselamatan ketika berada dalam bot atau perahu.
Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023
Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.
Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.
Sindiket perjudian didalangi warga asing tumpas
Jabatan Imigresen melumpuhkan rangkaian sindiket perjudian dalam talian yang didalangi warga asing susulan beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa dan semalam.