Persetujuan tentang penghantaran pulang pelarian Rohingya ke tanah air mereka yang dicapai antara Myanmar dan Bangladesh perlu menjelaskan tentang isu berkaitan kewarganegaraan dan jaminan keselamatan, sebelum ia boleh dilaksanakan.
Bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi Myanmar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata perkara itu penting bagi memastikan pelarian Rohingya akan mendapat layanan sama rata sebagai rakyat Myanmar dan diberi kepastian tentang wujudnya perlindungan bagi mereka.
"Butiran terperinci dan penjelasan tentang persetujuan itu merupakan suatu prasyarat kerana ketika ini terdapat terlalu banyak kelemahan dan ketidakpastian. Sekurang-kurangnya, libatkanlah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan pasukan pengaman lain di sana untuk menyelia dan melindungi mereka.
"Jika keadaan seperti sekarang terus wujud, saya ingin menasihati para pelarian supaya jangan pulang ke Myanmar dan mereka perlu tolak cadangan itu," katanya kepada media selepas merasmikan persidangan khas tentang Rohingya anjuran Majlis Rohingya Malaysia (MRM) di sini hari ini.
Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa Bangladesh dan Myanmar mencapai persetujuan tentang penghantaran pulang pelarian Rohingya dalam masa dua tahun, yang prosesnya akan bermula pada 23 Jan ini.
Ketika ini terdapat kira-kira 700,000 pelarian Rohingya di Bangladesh.
Syed Hamid, yang juga bekas menteri luar, berkata penempatan pelarian di kem sementara, yang dinyatakan dalam perjanjian itu, juga boleh dipertikai.
"Mengapakah mereka hanya diberi penempatan yang setara dengan kem tahanan, di mana mereka tidak boleh bergerak secara bebas di tanah air sendirim dan kem itu juga perlulah dilengkapi sistem sanitasi dan pembetungan sewajarnya. Tiada maklumat terperinci diberi tentang keadaan kem berkenaan," kata beliau.
Sementara itu, anggota Majlis Penasihat Kebangsaan MRM Jen (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berkata sekiranya Kerajaan Myanmar benar-benar ikhlas untuk menangani isu Rohingya, ia perlu melaksanakan syor bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Annan.
"Bagi menunjukkan keikhlasan dan niat baiknya, Myanmar perlu menyatakan secara terbuka ia akan melaksankaan cadangan tersebut, buatlah begitu sebagai langkah untuk membina keyakinan terlebih dahulu, kemudian barulah kepercayaan akan timbul," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2018
Ketika ini terdapat kira-kira 700,000 pelarian Rohingya di Bangladesh. - Gambar hiasan
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar dorong pembangunan ekonomi Bangladesh
Upacara perasmian laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar yang dibina dengan kerjasama syarikat China diadakan di sini, pada 11 November.