Tutup

Jangan abaikan nilai tradisional dalam pembangunan - TPM Zahid

Jangan abaikan nilai tradisional dalam pembangunan - TPM Zahid
Jelas TPM Zahid, tidak ada guna negara memiliki infrastruktur hebat jika institusi kekeluargaan diabaikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hasrat untuk memajukan kawasan luar bandar tidak perlu hanya tertumpu kepada aspek fizikal, tetapi juga aspek minda dan nilai ketimuran masyarakat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, jika keutamaan hanya diberikan kepada satu elemen, ia boleh menyebabkan negara hancur.
Jelasnya, tidak ada guna negara memiliki infrastruktur hebat jika institusi kekeluargaan diabaikan.

"Seorang ibu boleh menjaga 9 orang anak. Tetapi 9 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu.
"Kita tidak mahu nilai itu ada, walaupun kita berhasrat untuk membandarkan luar bandar, apabila nilai materialistik menjadi keutamaan, tidak ada lagi nilai-nilai tradisional," kata Ahmad Zahid ketika berucap pada Konvensyen Pembangunan Luar Bandar 2017, di sini pada Isnin.

Katanya lagi, Malaysia perlu mengambil pengajaran dari negara lain yang memberi keutamaan kepada pembangunan sehingga mengabaikan nilai-nilai murni masyarakat.