Rakyat Malaysia harus sentiasa berusaha dalam mencari peluang dalam pasaran baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini termasuk mempelbagaikan produk sedia ada dan menerokai peluang pekerjaan baharu.

"Sebagai salah satu daripada 25 negara paling banyak mengeksport, kita tidak boleh hanya 'duduk diam' sahaja.

"Oleh itu, kerajaan sentiasa berusaha dalam merangka inisiatif bagi menggalakkan keusahawanan di Malaysia," Najib.

Beliau berkata demikian di Majlis Makan Malam DPMM 'The Future Begins Tonight' (Masa Depan Bermula Malam Ini) di Seri Perdana, Putrajaya.

Majlis tersebut diadakan untuk melancarkan 'Global Council Strategy' serta Pelan Induk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).