Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau jika melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di sekitar Kuantan mulai hari ini.

Ini kerana, TUDM akan melaksanakan latihan pertunjukan udara sempena Hari Terbuka TUDM yang diadakan pada 16 November di Pangkalan Udara Kuantan.


Pesawat TUDM terbang rendah dan latihan letupan sempena Hari Terbuka TUDM 2019 Di Pangkalan Udara Kuantan

Latihan tersebut dijadualkan akan berlangsung bermula Selasa hingga Sabtu sekali gus melibatkan beberapa buah pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter di sekitar ruang udara Kuantan.

Sementara itu, markas TUDM dalam kenyataan media mengingatkan penduduk di sekitar Pangkalan Tentera Udara juga tidak perlu bimbang jika mendengar bunyi letupan di sepanjang tempoh tersebut.

Pesawat TUDM terbang rendah dan latihan letupan sempena Hari Terbuka TUDM 2019 Di Pangkalan Udara Kuantan

Bagi memeriahkan lagi suasana, pihak TUDM turut menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke Hari Terbuka TUDM yang akan bermula seawal jam 8 pagi pada 16 November ini (Sabtu).