Pihak penguat kuasa di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam diingatkan agar tidak sesekali berkompromi dengan isu keselamatan berikutan pintu sempadan itu kini dibuka 20 jam sehari.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata peningkatan kawalan diperlukan kerana dikhuatiri ancaman seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan menjadi berleluasa susulan pelaksanaan langkah tersebut sejak awal bulan ini.
Bagaimanapun kata beliau, kementeriannya berpandangan belum ada keperluan untuk menambah pasukan tentera bagi mengawal sempadan negara.
"Ini kerana sudah terdapat 4,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas mengawal keselamatan di pintu-pintu sempadan negara," kata Anggota Parlimen Kubang Pasu itu yang ditemui selepas program 'Kubang Pasu Friday Night Ride 2017', di sini malam tadi.
BACA: Kedah setuju pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dibuka 24 jam
BACA: Imigresen sudah bersedia pintu sempadan dibuka 24 jam
Tempoh operasi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dilanjutkan daripada 18 jam kepada 20 jam bermula 3 Sept lalu dan dijangka beroperasi 24 jam bermula 1 Jan tahun depan.
Mengenai program kayuhan tersebut, Mohd Johari berkata seramai 600 anggota kelab berbasikal dari seluruh Kedah mengikuti program tersebut yang bertujuan menonjolkan tempat menarik di Kubang Pasu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2017
Tempoh operasi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dilanjutkan daripada 18 jam kepada 20 jam bermula 3 Sept lalu dan dijangka beroperasi 24 jam bermula 1 Jan tahun depan. - Gambar fail
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
COVID-19: Thailand kesan 15 kes positif baharu libatkan pelancong asing
Kes dikesan seminggu selepas Thailand membuka semula pintu sempadan untuk pelancong asing bermula 1 Nov lalu.
Jangan kompromi soal keselamatan di pintu sempadan - Johari
Peningkatan kawalan diperlukan kerana dikhuatiri ancaman seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan menjadi berleluasa susulan pelaksanaan langkah tersebut.