Polis mengingatkan penyokong semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson agar mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang provokasi semasa hari pengundian esok.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba menimbulkan kekecohan atau ketegangan.
"Pihak polis berada dalam kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi PRK Port Dickson. Semua persiapan merangkumi sumber manusia dan logistik mencukupi dan polis akan membuat pemantauan menyeluruh bagi kawalan keselamatan di pusat pengundian agar berjalan dengan baik," katanya pada sidang media di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata 800 anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan seluruh kontinjen Negeri Sembilan diatur gerak untuk bantuan penugasan bagi memastikan kelancaran proses pengundian selain bagi tujuan keselamatan.
Aidi Sham berkata pihaknya juga akan memperketatkan kawalan keselamatan di tiga lokasi panas yang mungkin boleh menimbulkan kekecohan atau ketegangan, di Bukit Pelanduk, Pekan Lukut dan Linggi.
"Kerjasama semua pihak terutama calon dan wakil amat diperlukan bagi mengawal penyokong masing-masing. Orang ramai juga dinasihatkan mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa demi menjaga keharmonian dan keamanan di semua pusat mengundi," katanya.
Selain itu, beliau berkata penggunaan dron adalah dilarang sepanjang hari pengundian dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati menggunakan atau menerbangkan peralatan itu.
Sementara itu, Aidi Sham berkata 48 laporan polis diterima, manakala 141 permohonan permit diluluskan sehingga Jumaat.
Kerusi Parlimen itu dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi hari ini, melibatkan 68,317 pemilih berdaftar yang layak mengundi di 32 pusat pengundian yang akan mula dibuka pada 8 pagi membabitkan 154 saluran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 12 2018
SPR menetapkan hari mengundi hari ini, melibatkan 68,317 pemilih berdaftar yang layak mengundi di 32 pusat pengundian. - Gambar hiasan
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Polis buru individu bakar kedai vape
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes.
Seorang maut, dua parah angkara pandu laju
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita
Ketika kejadian, mangsa yang sedang berjalan dengan anak perempuannya telah didatangi seorang suspek menunggang sebuah skuter berwarna merah.
24 warga asing ditahan berpesta tepi pantai Port Dickson
Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pasport sah dan visa sudah tamat tempoh.
Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri
Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan
Rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.
Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini
Dua suspek yang masing-masing berusia 43 dan 44 tahun itu, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Port Dickson pada 9 pagi.
Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'
Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
Pemandu mabuk rempuh dua kenderaan ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan nahas.
Pekerja binaan warga Bangladesh maut dihempap besi
Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Lukut untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia di situ.