Malaysia hari ini menggesa semua pihak agar tidak melihat kepada soal siapa menang atau kalah dalam menyelesaikan pertikaian kawasan di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia sesungguhnya yakin dan percaya bahawa pertikaian itu boleh diselesaikan menerusi diplomasi dan institusi pelbagai hala seperti ASEAN.

"Lihat melebihi andaian kalah menang atas fakta mudah bahawa keamanan adalah universal dan bukan soal campur tolak," katanya dalam ucaptama pada Forum Fullerton 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat keperluan mendesak untuk akhirnya mencapai kemajuan dalam perbalahan yang telah lama berlanjutan seperti Laut China Selatan.

"Sama ada kemajuan ini baik atau tidak terletak semata-mata di atas bahu negara di rantau ini dan rakan luarnya," katanya.