Jangan nafi fakta berlian merah jambu dibayar guna wang 1MDB - Rafizi

Jangan nafi fakta berlian merah jambu dibayar guna wang 1MDB - Rafizi
RAFIZI: 'Saya yakin rakyat tak bodoh. Yang betul, akhirnya berlian itu tidak sampai ke Rosmah' - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
RANTAU: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan, penjelasan di Dewan Rakyat bahawa pembelian berlian merah jambu tidak didaftarkan atas nama Datin Seri Rosmah Mansor tidak menidakkan fakta siasatan Amerika Syarikat bahawa ia dibayar menggunakan wang 1MDB.

Jelasnya lagi, rakyat perlu memahami perkara itu dengan mengumpulkan fakta dengan lengkap.

“Yang saya faham dari Parlimen ialah sama ada berlian itu dibawa masuk, dibeli atau didaftarkan kepada Rosmah. Jawapan daripada kerajaan tidak. Maksudnya Rosmah tak beli atas nama dia. Sama juga harta lain.

"Hanya kerana pembayaran itu tidak didaftar atas nama sesuatu itu tidak menidakkan kes bahawa ada berlian berharga ratusan juta yang disiasat menggunakan wang 1MDB,” katanya kepada media selepas menyertai ceramah menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Rantau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Calon PH, Dr.S.Streram pada malam Rabu.
BACA: Najib jawab dakwaan Rosmah beli berlian merah jambu

BACA: 'Minta maaf pada rakyat kerana termakan fitnah terhadap saya' - Rosmah

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Rosmah tidak membeli berlian itu.

Justeru persoalan yang dibangkitkan Rafizi kini ialah siapa yang bayar dan dana yang digunakan untuk membayarnya.

“Kalau ikut fakta siasatan Amerika Syarilkat bahawa berlian itu dibayar menggunakan wang 1MDB. Tiada yang persoal wang itu dibayar dan tujuannya ialah untuk diberikan hadiah pada Rosmah. Najib (pula) kata berlian itu ada, dan dibayar oleh orang lain, bukan duit 1MDB, sebagai hadiah kepada Rosmah. Tentang Rosmah yang akhirnya tidak dapat berlian itu tidak menidakkan fakta bahawa berlian itu dibeli menggunakan wang 1MDB,” katanya lagi.

“Contohnya sebelum ini apabila, Rosmah ditanya mengenai cincin dia cakap itu atas nama besan. Sama juga dengan kapal Equaminity sampai sekarang kita tak tahu siapa pemiliknya. Kita berjaya membuktikan pemilik sebenarnya ada kaitan dengan Jho Low. Jadi kalau ditanya di Parlimen adakah Jho Low memiliki Equaminity, ia akan cakap ia dimiliki syarikat sekian-sekian. Bukan Jho Low,” jelasnya lagi.


Justeru katanya, ada pihak yang memang tidak mahu menerima hakikat bahawa ‘rompakan’ memang berlaku.

“Saya yakin rakyat tak bodoh. Yang betul, akhirnya berlian itu tidak sampai ke Rosmah,” ujarnya.

Tag: Rafizi Ramli, Rosmah Mansor, Jho Low, Dewan Rakyat, 1MDB, berlian, cincin berlian, berlian merah jambu, berlian rosmah, cincin rosmah, pilihan raya, Najib Razak, Rantau, PRK Rantau, rantau memilih, Anwar Ibrahim


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.