Malaysia boleh menjangkakan lebih banyak pelaburan dari China, khususnya bagi koridor sepanjang Laluan Rel Pantai Pantai Timur (ECRL), susulan perjanjian yang dimeterai semalam antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan China Communication Construction Company Ltd (CCCC).
Semasa bercakap kepada media Malaysia di sini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perjanjian yang ditandatangani pada Khamis adalah mengenai pembangunan koridor sepanjang ECRL.
"Perjanjian mengenai ECRL sudah dimuktamadkan. Perjanjian semalam (Khamis) adalah mengenai pembangunan koridor di sepanjang ECRL," katanya.
Beliau berkata perjanjian berkenaan akan mengorak laluan bagi lebih banyak pelaburan China di Malaysia.
Loke berkata Malaysia mahu memaksimumkan pembangunan seiring dengan pelaksanaan projek ECRL bernilai RM44 bilion itu.
Beliau kini berada di sini sebagai sebahagian delegasi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa kali kedua yang dirasmikan Presiden China, Xi Jinping pada Jumaat.
Perjanjian antara MIDA dan CCCC itu ditandatangani selepas mesyuarat dua hala antara Malaysia dan China dimuktamadkan di sini semalam.
Dr Mahathir dan rakan sejawatannya, Li Keqiang, menyaksikan pemeteraian perjanjian itu bertajuk "Enhancing Cooperation in the Development of Industrial Parks, Infrastructure, Logistics Hub and Transit Oriented Development Pursuant to the ECRL Project" (Mempertingkat Kerjasama dalam Pembangunan Kawasan Perindustrian, Infrastruktur, Hab Logistik dan Transit Berorientasikan Pembangunan di bawah Projek ECRL).
Selepas berbulan mengadakan rundingan semula, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan CCCC baru-baru ini menandatangani perjanjian bagi menyambung semula projek ECRL yang dihentikan sebelum ini untuk menghubungkan negeri-negeri pantai timur di Semenanjung Malaysia.
Kedua-dua pihak juga menandatangani perjanjian tambahan mengenai pengurangan kos projek itu daripada RM65.5 bilion kepada RM44 bilion, sekali gus mendorong penjimatan sebanyak RM21 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2019
ANTHONY: Perjanjian berkenaan akan mengorak laluan bagi lebih banyak pelaburan China di Malaysia.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.