Tindakan orang Melayu termasuk pegawai kerajaan, malah menteri yang jarang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya merupakan malapetaka budaya yang amat serius, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata lebih malang terdapat kalangan orang Melayu yang menganggap mencampuradukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai satu status simbol alaf baharu.
Katanya dalam dunia serba moden dengan kecanggihan teknologi dan alam siber, masyarakat sering tersasar dan ada kalanya sukar membezakan antara bahasa yang asli atau tidak.
"Hasilnya kehidupan menjadi kompleks, kadang-kadang mekanikal dan robotik. Acapkali bahasa juga turut disemberonokan.
"Bahasa sudah dirojak dan ramai orang Melayu sudah tidak fasih dengan bahasa ibundanya sendiri," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Hadiah Karya Darul Ridzuan ke-5 di sini malam ini, bersekali Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (Pulara) ke-7 di Pulau Pangkor, di sini malam tadi.
Pulara ke-7 berlangsung selama empat hari mulai hari ini, dan disertai 120 peserta dari pelbagai negara termasuk Bangladesh, Turki, India, Thailand, Argentina, Indonesia, Mongolia dan Jepun.
Mengenai Hadiah Karya Darul Ridzuan, Zambry berkata kali terakhir ia diadakan adalah pada 2014 dan ketika itu dikenali sebagai Hadiah Sastera Darul Ridzuan.
"Kita merasakan perkataan karya lebih sedondon bagi mewakili semua genre dan kali ini buat kali pertama Anugerah Ilmuan Negeri diperkenalkan," katanya.
Namun, penerima Anugerah Ilmuan Negeri Perak, akan hanya diumumkan pada majlis penutup Sabtu ini, yang dijangka disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
ZAMBRY: Tindakan orang Melayu termasuk pegawai kerajaan, malah menteri yang jarang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya merupakan malapetaka budaya. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Inisiatif merakyat sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada PM - ITBM
Empat inisiatif bagi merakyatkan sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada Perdana Menteri bagi memohon pandangan dan kelulusan bagi pelaksanaannya.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Isu kekuatan ekonomi akan jadi tumpuan khusus kerajaan pada 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kestabilan politik negara yang ada ketika ini memudahkan kerajaan memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN
Proses saringan dilakukan antaranya ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.
'Di mana yang tidak Melayunya?', soal PM Anwar
Perdana Menteri menyanggah dakwaan sesetengah pihak, terutamanya daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan kepada orang Melayu.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
KPT ambil langkah serius jadikan bahasa Melayu agenda penting pendidikan tinggi
Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi antara usaha yang dirintis Kementerian Pengajian Tinggi.
Pulang semula surat jika tidak guna Bahasa Kebangsaan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi peringatan kepada jabatan kerajaan agar tidak melayan sebarang surat yang diutus selain daripada Bahasa Kebangsaan.