KOTA KINABALU:Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah ditubuhkan bagi menangani masalah pandemik di negeri itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata di bawah jawatankuasa tersebut sejumlah RM50 juta diperuntukkan membantu pengurusan dan penduduk khususnya di empat daerah yang dikategorikan zon merah iaitu di Semporna, Tawau, Kunak dan Lahad Datu.
"Mesyuarat jemaah menteri hari ini telah membincangkan isu penularan pandemik COVID-19 dan kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM50 juta.
"Daripada jumlah itu sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk bakul makanan penduduk-penduduk yang terkesan di empat daerah yang terlibat iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Hajiji turut memaklumkan jemaah menteri juga bersetuju memansuhkan pusat kawalan dan pemantauan COVID-19 sebelum ini.
"Semua pengurusan berkaitan isu-isu akan dikendalikan sepenuhnya oleh jawatankuasa yang baru ditubuhkan ini.
"Justeru Sabah COVID-19 Command Centre dimansuhkan dan diletakkan di bawah jawatankuasa tersebut," katanya lagi.
Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan beberapa agensi negeri dan persekutuan yang terlibat.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
Hajiji pagi tadi mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Ahli mesyuarat terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Dr Joachim Gunsalam; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun; dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Oct 01 2020
Hajiji turut memaklumkan jemaah menteri juga bersetuju memansuhkan pusat kawalan dan pemantauan COVID-19 sebelum ini. - Foto BERNAMA
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Kerja baiki paip bocor Sungai Perai ambil masa 24 - 48 jam - Kon Yeow
PBAPP juga telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.
Melaka kaji cadangan pelarasan tarif air - Ketua Menteri
Kerajaan Melaka sedang melakukan kajian terperinci berkaitan cadangan pelarasan kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu.
COVID-19 di Melaka terkawal - Ketua Menteri
Rakyat tidak perlu bimbang atau panik kerana Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau situasi terkini kes COVID-19 di negeri itu.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam, memulakan tugas secara rasmi hari ini.
25 maut dalam nahas tangki minyak bas meletup
Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan terkorban dalam sebuah nahas melibatkan sebuah bas di barat India, Maharashtra, pada Sabtu.
PRN: 'Menang dahulu, baru bincang siapa Ketua Menteri Pulau Pinang' - Gerakan
PRN: 'Menang dahulu, baru bincang siapa Ketua Menteri Pulau Pinang' - Gerakan
PRN: Pulau Pinang bubar DUN 28 Jun ini - Chow Kon Yeow
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Loke tegaskan tidak tahu ada usaha singkirkan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri
Loke juga menegaskan tidak menerima sebarang memorandum dari mana-mana ADUN DAP Pulau Pinang yang mahu Kon Yeow diganti.
Kumpulan Yayasan Sabah belanja RM685 juta untuk pendidikan
Kerajaan negeri Sabah melalui Kumpulan Yayasan Sabah membelanjakan RM685 juta bagi tujuan pendidikan termasuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi sejak 1967 sehingga tahun lalu.