Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu jawatankuasa penambahbaikan berhubung langkah-langkah untuk menjamin keselamatan tahanan polis di lokap PDRM.
Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene hari ini memaklumkan bahawa polis komited dalam menangani isu kejadian kematian mengejut di lokap polis.
“Jawatankuasa ini diketuai oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang ditubuhkan bagi mengelakkan kematian mengejut di dalam lokap,” jelas Mortadza dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Antara pendekatan yang diambil ialah dengan mewujudkan lokap berpusat yang didirikan di Jinjang, Shah Alam, Kuantan, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
“Kemudahan di lokap berpusat ini amatlah baik sekali. Ia dapat menjamin kesihatan dan keselamatan petugas, banduan dan Orang Kena Tuduh (OKT).
“Lokap berpusat ini dilengkapi dengan Rakaman Kamera Litar Terturtup (CCTV), sistem interkom, bilik peguam, bilik pengawal pengiring, bilik kawad cam, bilik transit dan ruang makan.
“Ini adalah lebih baik daripada lokap yang berada di balai. Sebab itu kami mahu laksanakan perkara ini,” jelas Mortadza.
Mortadza turut memberitahu PDRM akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas OKT atau banduan yang ditahan di dalam lokap.
“Doktor akan membuat pemeriksaan kesihatan sebelum OKT dimasukkan ke dalam lokap dan pegawai perubatan akan membuat lawatan dua hari sekali ke lokap berkenaan.
“Lembaga pelawat dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kini dibenarkan untuk membuat lawatan ke lokap bersama pegawai penjaga lokap,” ujar Mortadza.
Baru-baru ini dua OKT N Dhamendran, 32, dan R Ramesh, 40, telah ditemui mati di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Pada minggu lalu, polis telah mengesahkan kematian Dhamendran mempunyai unsur-unsur jenayah sewaktu ditahan di lokap berkenaan.
Menurut sumber polis, pasukan khas Bukit Aman yang menyiasat kes itu sedang giat melengkapkan siasatan kes dan beberapa orang saksi telah disoal dan beberapa lagi kenyataan akan direkodkan.
Hasbullah Awang Chik
Tue May 28 2013
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Enam ditangkap, tiga lagi dikesan terlibat rompakan emas terbesar
Pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat mengumumkan enam individu telah ditangkap manakala tiga lagi sedang dikesan berhubung rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada pada Rabu.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
Polis sahkan kematian kanak-kanak autisme di taman tasik rekreasi tiada unsur jenayah
Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di sebuah taman tasik rekreasi di Sea Park, Petaling Jaya, semalam.
Wanita warga emas ditemukan rentung dengan 80 peratus kesan lecur
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan SS 22/10, Kelana Jaya awal pagi Jumaat.
Resah ibu terjawab, mayat anak ditemukan dalam parit
Keresahan seorang ibu apabila anaknya tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu akhirnya terjawab selepas mayat seorang lelaki ditemukan dalam parit berhampiran sebuah sekolah pada petang Sabtu.
Guru ditemui meninggal dunia lebih seminggu dalam rumah sewa
Seorang guru wanita ditemui meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Pengadang Baru pada Isnin.
Waspada 'bom jangka' ketika bersukan
Aktiviti sukan berkait rapat dengan tahap kesihatan, namun tanpa ilmu ia boleh menjadi 'bom jangka' yang mengundang risiko sehingga mengakibatkan kecederaan serius.
Nahas Elmina: Kematian 10 mangsa diklasifikasi SDR
Polis mengklasifikasikan kematian 10 mangsa yang terlibat dalam kejadian nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, sebagai kematian mengejut.
Polis klasifikasi kematian pelajar di Manjung sebagai mati mengejut
Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di sini, minggu lalu sebagai mati mengejut.
JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan polis menjalankan siasatan berhubung kes kematian mengejut dua petugas kesihatan di Klang.
Kanak-kanak empat tahun tujuh bulan maut jatuh dari tingkat 11 kuarters polis
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tujuh bulan maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah kuarters polis di USJ, Subang Jaya, di sini pada Jumaat.
Polis klasifikasi kes wanita dalam pantang maut sebagai kematian mengejut
Polis mengklasifikasikan kematian seorang wanita dalam pantang yang ditemukan dengan kesan kecederaan petang semalam sebagai kematian mengejut.