Kerajaan negeri Perak menggesa pihak bertanggungjawab segera membaiki semula keretakan struktur jejantas berhadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Jalan Raja Ashman Shah, di sini.
Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, setakat ini, penghadang telah dipasang di kawasan tersebut bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku demi keselamatan orang awam.
“Jalan berkenaan adalah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan telah diambil maklum pihak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Bernama.
Katanya, keretakan itu berlaku pada dua minggu lepas selepas lori pihak kontraktor iaitu Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd yang sedang membawa jentera terlanggar jejantas berkenaan dan menyebabkan ia teranjak sedikit ke hadapan.
“Ia mengakibatkan keretakan di struktur ‘pier’ dan ‘support’. Bagaimanapun keadaan struktur jejantas masih stabil dan keretakan hanyalah disebabkan impak secara literal daripada pelanggaran tersebut,” katanya.
Abdul Yunus berkata pihak kontraktor berkenaan sedang melaksanakan kajian lanjut berkaitan struktur jejantas dan akan mengemukakan laporan lengkap kaedah pembaikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.
“Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pihak Mangkubumi selepas mengemukakan laporan tersebut kepada pihak MBI,” katanya.
Astro Awani
Thu Dec 20 2018
Setakat ini, penghadang telah dipasang di kawasan berdekatan Hospital Raja Permaisuri Bainun itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku membabitkan keselamatan orang awam. - Gambar fail
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
ADUN Hulu Kinta diarah keluar dewan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila diarahkan keluar ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang, hari ini.
Ditenggelami air empat hari, 125 hektar sawah terjejas banjir di Bagan Serai
Menurutnya, berdasarkan tinjauanya sejak beberapa hari lalu, umur padi yang terlibat antara 15 hingga 40 hari yang ditenggelami banjir.
Hasil ladang Duriotourism Kuala Kangsar dijual secara dalam talian
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perak menyediakan pakej jualan buah-buahan secara dalam talian hasil dari ladang Duriotourism miliknya di sini, bermula Isnin depan.
Adun Kuala Kurau nafi dapat tawaran Muafakat Nasional di Perak
Adun Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari nafi ada tawaran daripada UMNO dan Pas untuk menyertai gabungan Muafakat Nasional membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Banjir kilat: Sebahagian Jalan Bagan Serai - Selama ditutup
Abdul Yunus Jamhari berkata, seksyen jalan yang ditutup itu ialah antara Kilometer 15 - 16 selepas dinaiki air kira-kira 0.3 meter.
Tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, lorong ditutup 100m
Kejadian berlaku di Seksyen 31.6, Laluan FT 185 kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Enam projek baiki cerun runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, kerja-kerja baik pulih dan mengukuhkan enam cerun terbabit dilaksanakan Syarikat Konsesi PUSB.
Dakwaan Exco Perak bocor maklumat: Dua kertas siasatan dibuka
Kertas siasatan tersebut dibuka berikutan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean dan exco berkenaan, Abdul Yunus Jamhari.
Perak perkenal program pemutihan kawasan padi luar jelapang
Perak menjadi negeri pertama memperkenalkan program pemutihan kawasan padi luar jelapang, untuk mengatasi ketirisan dan penyelewengan pemberian subsidi baja bernilai jutaan ringgit.
Perak utamakan kawasan padi untuk keselamatan makanan
Kerajaan Negeri Perak tetap akan mengutamakan keperluan pembangunan pertanian terutama melibatkan kawasan sawah padi dengan mengekalkan dan menambah keluasan sedia ada.