Jemaah haji perlu memberi maklumat yang betul semasa pemeriksaan kesihatan bagi memudahkan doktor membuat diagnosis yang tepat semasa di Tanah Suci.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan adanya maklumat yang tepat mengenai kesihatan jemaah haji, doktor juga dapat menentukan sama ada mereka memerlukan rawatan lanjut di hospital untuk menstabilkan penyakit kronik yang dihidapi.
"Bagi jemaah haji yang penyakit kroniknya tidak stabil dan tidak terkawal sehingga hampir waktu untuk bertolak ke Tanah Suci adalah disarankan untuk menangguhkan pemergian mereka ke Tanah Suci ke tahun hadapan bila keadaan penyakit kroniknya telah stabil, dan maklumkan kepada pihak Lembaga Tabung Haji mengenai perkara itu," katanya kepada Bernama di sini.
Dr Noor Hisham berkata ibadah haji adalah ibadah fizikal dan jemaah haji perlu melakukan senaman berjalan kaki secara perlahan-lahan sejauh satu kilometer, dan ditingkatkan sehingga mereka dapat berjalan lima kilometer tanpa sebarang masalah.
"Latihan fizikal ini dapat meningkatkan stamina jemaah haji untuk melaksanakan haji. Sekiranya jemaah haji mengalami kesukaran bernafas, sakit dada, atau tidak selesa, hendaklah mereka mendapatkan pandangan daripada doktor di klinik yang berhampiran," katanya.
Beliau berkata jemaah haji perlu memastikan mendapat rehat dan tidur mencukupi, memakan makanan yang seimbang dan mengamalkan kebersihan diri setiap masa termasuk membasuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.
Bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan mempunyai penyakit sistem pernafasan atau penyakit kronik, mereka digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumococcal 23 valen dan vaksin influenza bagi mengurangkan risiko untuk mendapat radang paru-paru (pneumonia) yang teruk semasa di Tanah Suci, katanya.
Dr Noor Hisham berkata bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik perlu memastikan bekalan ubat yang mencukupi dibawa dalam beg sandang, dan mengambilnya mengikut waktu dan dos yang ditetapkan, selain melakukan ibadah sunat mengikut kemampuan dan menggunakan kerusi roda sekiranya tidak mampu berjalan.
Bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis, digalakkan memakai stokin dan kasut yang longgar serta lembut untuk mengelakkan luka pada bahagian kaki, dan yang menerima rawatan insulin pula perlu membawa insulin mereka dalam thermos yang diletakkan ais bagi memastikan keberkesanan insulin tersebut, katanya.
Dr Noor Hisham juga menyarankan jemaah haji memakai topeng muka di tempat yang berhabuk untuk mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan, selain meminum air sekurang-kurang tiga hingga empat liter setiap hari.
Beliau turut menasihatkan jemaah haji supaya tidak membeli makanan yang dijual di kaki lima jalan kerana dikhuatiri tahap kebersihan penyediaan makanan tersebut.
Jemaah haji juga disarankan supaya tidak mengunjungi ladang unta atau haiwan atau meminum susu, air kencing unta, memakan daging unta atau berkunjung ke tempat penyembelihan haiwan korban kerana aktiviti ini boleh memberi risiko untuk mendapatkan jangkitan MERS-CoV, katanya.
Dr Noor Hisham juga menasihatkan jemaah supaya mengelakkan memakai pakaian yang tebal di waktu siang, dan memakai pakaian tebal hanya di waktu malam dan subuh semasa ke masjid atau berada di luar tempat penginapan.
"Elakkan juga berpanas di bawah cahaya matahari yang terik dalam masa yang lama kerana ia boleh menyebabkan jemaah haji terkena kelesuan haba dan strok haba," katanya.
Dr Noor Hisham berkata bagi musim haji tahun ini, Kementerian Kesihatan menghantar seramai 251 petugasnya, termasuk doktor pakar, pegawai perubatan, pembantu perubatan, jururawat, pegawai farmasi, jurupulih anggota, juru x-ray, dan pegawai dietetik bagi membantu pasukan perubatan dan kesihatan Tabung Haji.
Pada tahun ini, seramai 22,320 jemaah haji dari Malaysia akan mengerjakan ibadah haji dengan kumpulan pertama akan berlepas pada Khamis depan.
Bernama
Fri Jul 29 2016
Dengan adanya maklumat tepat mengenai kesihatan jemaah haji, doktor dapat menentukan sama ada mereka memerlukan rawatan lanjut di hospital.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
TH umum surat tawaran haji, bayaran hari ini
Perkara itu akan diumumkan dalam satu sidang media oleh Pengarah Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
284 jemaah haji Malaysia terakhir selamat tiba di KLIA
Tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji membabitkan 98 penerbangan pergi bermula 21 Mei sehingga 21 Jun lalu.
11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji
Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas.
Jemaah haji dilarang bawa pulang air zamzam
Peringatan tersebut diberikan supaya tidak berlaku kesulitan ketika proses pergerakan balik jemaah haji ke tanah air.
Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi berjaya urus 2 juta jemaah haji
Yang di-Pertuan Agongmenzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi, atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira 2 juta jemaah bagi musim haji tahun ini.
Waspada jika tawaran badal haji terlalu murah
Kalau ikut pengiraan keseluruhan, kos badal haji termasuk permit mencecah RM15,000 hingga RM16,000.
TH perjelas isu ruang sempit, sesak di Mina
Masalah itu dihadapi jemaah haji semua negara sejak sekian lama dan bukan isu yang baharu timbul.