Kesemua jemaah haji Malaysia pada Jumaat telah selesai menunaikan wajib haji melontar Jamrah Kubra di Mina, sebagai simbolik merejam syaitan.
Selepas menyempurnakan ibadat melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (1 Sept) itu, jemaah Malaysia sudah memperoleh tahhalul awal iaitu bebas daripada 10 larangan ihram dan hanya terikat dengan tiga larangan lagi.
Kesemua jemaah haji Malaysia akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah (4 Sept) untuk melontar di ketiga-tiga jamrah - Sugra, Wusta dan Kubra - pada Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Jemaah haji yang melakukan 'nafar thani' akan bermabit (berada seketika atau bermalam) di Mina sehingga 13 Zulhijjah, manakala jemaah yang melakukan 'nafar awwal' akan berada di Mina sehingga 12 Zulhijjah (3 Sept).
Pengarah Operasi Masyair, Mohd Norber Kassim berkata pergerakan jemaah haji Malaysia untuk ibadat melontar Jamrah Kubra itu, berjalan lancar dan selamat, namun ada beberapa kes jemaah Malaysia yang tersasar dan kepenatan.
"Bagi mereka yang tersasar atau sakit, kita terus menghantar bantuan dengan segera. Kita ada petugas di beberapa pos menunggu dan pasukan penyelamat yang terdiri daripada petugas perubatan dan kebajikan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Beliau berkata jarak maktab perkhemahan jemaah haji Malaysia dengan Kompleks Jamrah itu adalah kira-kira 3.5km.
Mohd Norber seterusnya menasihatkan jemaah Malaysia supaya mematuhi jadual dan laluan untuk melontar ketiga-tiga jamrah tersebut yang telah ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi dan Lembaga Tabung Haji bagi mengelak mereka tersasar dan gagal pulang ke khemah penempatan masing-masing.
"Sepanjang melakukan ibadat melontar, jemaah haji Malaysia juga dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan mengelak daripada berjalan terlalu lama dalam keadaan cuaca panas terik kerana ia boleh mengakibatkan strok haba.
"Kebanyakan kes melibatkan masalah kesihatan adalah disebabkan kepenatan, kekejangan otot dan strok haba," katanya, sambil menambah Lembaga Tabung Haji turut mempunyai pusat perubatan di Mina.
Setelah selesai melakukan ibadat melontar, jemaah Malaysia akan ke Makkah untuk tawaf dan saie bagi menyempurnakan rukun haji.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2017
Jemaah Haji Malaysia mengutip batu di Muzdalifah untuk melakukan ibadah melontar di Mina pada malam 1 September, 2017. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.