Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mengesan 'musuh dalam selimut' yang bersekongkol dengan penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah di Sabah termasuk penculikan bagi mendapatkan wang tebusan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka dalam usaha memastikan keamanan terjamin di Sabah khususnya di kawasan pantai timur negeri ini.
"Jika ada musuh dalam selimut, sampai bila pun pantai timur tidak akan aman. Tanggungjawab kami (ialah) kenal pasti musuh-musuh dalam selimut ini dan kita akan ambil tindakan. Kita tidak akan biarkan mereka terus menjadi musuh dalam selimut, duri dalam daging.
"Kalau mereka ingin tinggal di Sabah, ingin hidup dalam keadaan aman damai, mereka perlu setia kepada negara ini. Mereka perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam kita memastikan seluruh nenara kita aman damai dan semua orang boleh hidup sejahtera," katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 155 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Cawangan Khas yang bertugas semasa insiden pencerobohan pengganas di Tanduo, Lahad Datu, di pantai timur Sabah, di sini.
Pingat berkenaan seabgai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan mereka bertugas semasa insiden itu.
Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Khalid juga meminta semua angggota masyarakat kususnya di kawasan pantai timur Sabah supaya memberi kerjasama kepada anggota pasukan keselamatan di kawasan berkenaan dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan bagi membolehkan tindakan segera diambil.
Katanya kumpulan pengganas dan pejenayah akan terus mencari peluang untuk melakukan aktiviti serta sokongan dan kerjasama daripada seluruh masyarakat amatlah diperlukan.
"Jadi, saya menyeru masyarakat Sabah khususnya di pantai timur supaya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak PDRM dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOm) dengan memberi maklumat dan mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama memastikan pantai timur Sabah itu sentiasa aman, sejahtera dan selamat untuk semua.
"Kerana kita semua tahu, jika kawasan itu tidak selamat, sentiasa bergolak, segala kerja harian masyarakat akan terjejas, termasuk aktiviti perniagaan, pelancongan dan segala-galanya," katanya.
Mengenai ancaman penculikan dari selatan Filipina, Khalid berkata kumpulan penjenayah berkenaan akan terus cuba melakukan aktiviti itu kerana mereka sudah menjadikan kegiatan itu sebagai sumber pendapatan utama.
Setakat ini, pihak berkuasa Malaysia telah mematahkan sekurang-kurangnya lapan cubaan kumpulan berkenaan untuk mereka masuk ke kawasan pantai timur Sabah untuk melakukan jenayah termasuk penculikan, katanya.
"Kita tahu itu, mereka sentiasa cuba dan mencuba. Sudah semestinya di sebelah kita, kita mesti sentiasa berjaga-jaga, meningkatkan di mana yang kita rasa ada kelemahan...dengan itu pihak PDRM dan ESSCOm sentiasa berbincang dan meningkatkan lagi kehadiran kita dan kesiap siagaan kita di sepanjang perairan Sabah.
"Memang kawasan itu lemah dan bergolak. Insya-Allah, kita akan buat yang terbaik untuk memastikan pantai timur Sabah selamat untuk semua," katanya.
Bernama
Thu Nov 19 2015
KHALID: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka dalam usaha memastikan keamanan terjamin di Sabah khususnya di kawasan pantai timur negeri ini. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.
KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau
Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.
Tiada kompromi kepada pegawai, anggota terlibat dalam kes salah laku, jenayah dan rasuah
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.
Wartawan portal rugi RM5,000 disamun dengan parang
"Mereka datang dari arah depan dengan memakai tapi keledar dan pelitup muka, sebelum berdiri di sebelah saya."
MCPF Selangor tawar RM20,000 kepada individu bantu tangkap pembunuh Zayn Rayyan
Ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha dalam memastikan suspek terlibat dalam kes itu dapat segera didakwa di mahkamah.