Jenazah ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang, Fair Park, di sini, pada Isnin.

Allahyarham Datin Zaliha Nordin, 79, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 7.25 malam tadi.

Jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi dengan dihadiri oleh lebih 1,000 orang.

BACA: Ibu Menteri Besar Perak meninggal dunia

Terdahulu, solat jenazah diimamkan sendiri oleh Ahmad Faizal di Masjid Al-Khairiah di sini, sebelum mengusung jenazah sejauh 200 meter ke tanah perkuburan berhampiran. - Foto Astro AWANI

Terdahulu, solat jenazah diimamkan sendiri oleh Ahmad Faizal di Masjid Al-Khairiah di sini, sebelum mengusung jenazah sejauh 200 meter ke tanah perkuburan berhampiran.

Talkin pula dibacakan Imam Besar Masjid Negeri, Abdul Farid Salleh.

Allahyarham dikebumikan di sebelah pusara suaminya, Allahyarham Datuk Azumu Tak.

Hadir sama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad serta lebih 500 orang ramai termasuk ketua-ketua jabatan kerajaan dan ahli politik.

Allahyarhamah meninggalkan lapan orang anak dan Ahmad Faizal merupakan anak ketujuh.

Terdahulu, lebih 2,000 orang menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir.