Dua lagi jenazah iaitu Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan dan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris dibawa ke kampung halaman masing-masing pagi ini dengan menaiki kapal terbang C130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kapal terbang yang membawa dua jenazah itu berlepas pukul 9.45 pagi dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal 2 ke Johor untuk membawa arwah Mohamad Firdaus, 26 tahun.
Penerbangan itu kemudian akan ke Melaka untuk membawa jenazah arwah Muhammad Arif, 26 tahun.
Turut mengiringi jenazah Mohamad Firdaus ialah Lt Rahim Ghozi manakala Lt Muhammad Shahirul Amir Ahmad Shukri mengiringi jenazah Muhammad Arif.
Jenazah telah dimandi dan dikafankan selepas bedah siasat selesai pukul 2.00 petang di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, semalam.
Terdahulu, jenazah Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim, 35, telah dibawa menaiki helikopter TUDM EC 725 pukul 8.05 pagi ke Semporna.
Pada Selasa lepas, tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dari Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan itu maut dalam kemalangan yang berlaku pukul 1.03 petang.
Manakala seorang lagi yang cedera Vincent M.Orel, 24, berasal dari Sarawak kini menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu, Sepanggar.
Kesemua anggota yang terlibat dalam nahas itu dalam perjalanan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar dari Pangkalan TLDM Sandakan bagi melaksanakan tugas rasmi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020
Jenazah Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan dan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris dibawa ke kampung halaman masing-masing dengan menaiki kapal terbang C130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Dua lelaki cedera, kereta terbabas, terbakar
Kedua-dua mangsa itu berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat.
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Seorang maut, 14 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl
Ketika kejadian, ribuan penduduk telah berkumpul di Union Station bagi menyaksikan perarakan itu.