Dua penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Tawau dibatalkan akibat jarak ketampakan yang terhad berikutan jerebu pagi ini.
Pengurus lapangan terbang itu, Yaakob Abu Bakar berkata sektor terlibat ialah Kota Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu membabitkan penerbangan MASWings dan Malaysia Airlines.
Yaakob berkata tiga penerbangan pelepasan dan ketibaan turut mengalami kelewatan iaitu Kota Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur-Tawau-Kuala Lumpur membabitkan penerbangan MASWings serta AirAsia.
"Lapangan terbang ini ditutup pada jam 8 pagi berikutan keadaan jerebu yang mengehadkan jarak ketampakan dan dibuka semula pada 10 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya keadaan di Lapangan Terbang Tawau masih terkawal, namun pihak lapangan terbang dengan kerjasama Jabatan Penerbangan Awam dan Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.
Setakat 2 petang, Indeks Pencemaran Udara di Tawau mencatat bacaan 123, iaitu kualiti udara tidak sihat.
Sementara itu, Pengurus Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sunif Naiman berkata penerbangan MASWings MH2121 ke Tawau dari Kota Kinabalu pagi ini berpatah balik akibat jerebu, namun, dilencongkan pula ke Brunei berikutan hujan di Kota Kinabalu.
Setakat ini, waktu ketibaan pesawat itu dari Brunei ke Kota Kinabalu masih belum diketahui, katanya.
Bernama
Sun Oct 18 2015
Setakat 2 petang, Indeks Pencemaran Udara di Tawau mencatat bacaan 123, iaitu kualiti udara tidak sihat.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Polis beri amaran keras, penganjuran Thai Hot Guy dibatalkan
Penganjuran program Thai Hot Guy yang dirancang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini dibatalkan.
Varian Omicron cetus kekalutan bagi syarikat penerbangan di AS
Lebih 1,190 penerbangan yang dijadualkan berlepas dari AS dibatalkan.
Paralimpik Tokyo 2020: Protes atlet Ukraine, Ziyad terlepas pingat emas
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan.
GP Malaysia dibatalkan lagi susulan pandemik
Perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2021 yang dijadualkan pada 22 hingga 24 Oktober di Litar Antarabangsa Sepang dibatalkan susulan pandemik COVID-19.
COVID-19: MotoGP Thailand dibatalkan sekali lagi
MotoGP Thailand yang dijadual diadakan di Litar Antarabangsa Chang di Buriram pada Oktober dibatalkan buat kali kedua berturut-turut berikutan pandemik COVID-19.
Sarawak desak AirAsia bayar balik tiket penerbangan dibatalkan - Lee Kim Shin
JPBNS dan Kementerian Pengangkutan Sarawak memberi perhatian khusus kepada perancangan dan kekerapan penerbangan ke Sarawak dari Sabah, kerana mengambil kira keadaan semasa COVID-19 di negeri itu.
Mesyuarat MN bincang kemasukan Bersatu malam ini batal
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Setiausaha Agung Bersama Sekretariat MN mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Astro AWANI.
Taufan Bavi: Ratusan penerbangan dari Korea Selatan dibatalkan
Ratusan penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Korea Selatan terpaksa dibatalkan susulan Taufan Bavi yang melanda negara itu pada Rabu.
Penggabungan UMT-UniSZA tidak diteruskan - Menteri Pengajian Tinggi
Rancangan penggabungan antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak akan diteruskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
Tiada bazar Ramadan di Johor tahun ini
Kerajaan Johor hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan penganjuran Bazar Ramadan tahun ini sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri ini.