Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman dan Stesen Pengawasan Udara Automatik yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri kembali mencatat peningkatan kepada kategori 'Sangat Tidak Sihat', setakat 10 pagi ini.
Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Sri Aman melonjak kepada bacaan 241 daripada 76 yang catat pada 12 tengah malam semalam.
Bacaan IPU di ILP Miri pula meningkat kepada 220 setakat 10 pagi daripada IPU 67 yang dicatat pada 12 tengah semalam.
Sementara itu, bacaan IPU di SK Baram 2 juga menunjukkan peningkatan dengan dari IPU 63 padalewat malam semalam kepada bacaan 118 pada 10 pagi ini yang dikategorikan sebagai 'Tidak Sihat'.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.
Orang awam boleh merujuk laman web JAS di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di 'Google Play' bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019
Bacaan IPU di ILP Miri pula meningkat kepada 220 setakat 10 pagi daripada IPU 67 yang dicatat pada 12 tengah semalam. - Gambar fail
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Indeks Pencemaran Udara di ILP Miri catat bacaan berbahaya
ILP Miri terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran hutan dan tanah gambut di Kuala Baram.
Jerebu: IPU di Sri Aman, ILP Miri kembali meningkat setakat 10 pagi
Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Sri Aman melonjak kepada bacaan 241 daripada 76 yang catat pada 12 tengah malam semalam.
Kualiti udara di Miri kekal pada tahap bahaya, IPU cecah 400
Bacaan IPU 401 dan 316 masing-masing dicatatkan di Stesen Pemantauan Udara di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.