Usaha mengurangkan jerebu di beberapa negeri Semenanjung Malaysia yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi akan dilakukan dengan proses pembenihan awan yang dijadual esok.
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis berkata proses pembenihan awan hanya dilakukan sekiranya keadaan atmosfera dan awan yang sesuai, dan lebih menumpukan perhatian kepada Selangor dan Johor yang masih mencatat bacaan IPU tinggi.
Untuk pembenihan awan di Selangor esok, pesawat akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Bagi menjaga kesihatan pelajar, semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah akan ditutup pada Selasa ini, sekiranya IPU di negeri masing-masing mencatat bacaan melebihi 200.
Dalam pada itu, sambutan Hari Malaysia 2019 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak, esok akan tetap diadakan biarpun keadaan jerebu di negeri itu kekal merekodkan bacaan IPU di tahap sangat tidak sihat.
Lokasi sambutan Hari Malaysia yang sepatutnya diadakan di Padang Merdeka telahpun diumumkan pertukaran di tempat tertutup di Stadium Perpaduan di Petra Jaya, Kuching.
Fenomena jerebu rentas sempadan itu turut memberi impak terhadap nelayan terutama dari segi hasil tangkapan dan pendapatan mereka.
Di Melaka, keadaan cuaca sangat tidak sihat, terutamanya di Bandaraya Melaka juga menyebabkan majlis perasmian Program Merdeka@Komuniti #IniRumahKita 2019 peringkat negeri dijadual berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah pada 11.30 pagi tadi, dibatalkan serta penduduknya dinasihat mengehadkan aktiviti luar.
Di Johor, sektor pelancongan di negeri itu ketika ini lebih tertumpu di kawasan tertutup khususnya dalam daerah di utara Johor, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Liow Cai Tung.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan memberitahu berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri terdapat peningkatan kes tiga penyakit melibatkan jangkitan saluran pernafasan (325 kes), jangkitan mata (67 kes) dan asma (283 kes) akibat jerebu.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga 6 petang ini, 26 kawasan di seluruh negara menunjukkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU bawah 200 manakala empat kawasan merekod IPU sangat tidak sihat iaitu Kuching (210), Samarahan (204), Bandaraya Melaka (215) dan Tangkak (249).
Kawasan mencatat kualiti udara tidak sihat sehingga 6 petang ini ialah Putrajaya (128); Banting (129) dan Johan Setia Klang (113) di Selangor; Nilai (126), Seremban (128) dan Port Dickson (188) di Negeri Sembilan; Alor Gajah (163) dan Bukit Rambai (190) di Melaka; Segamat (170), Batu Pahat (166), Kluang (132) dan Larkin (125) di Johor; Rompin (128), Temerloh (126), Indera Mahkota Kuantan (158), Balok Baru Kuantan (108) di Pahang.
Kawasan lain dengan kualiti udara tidak sihat ialah ILP Miri (130); Miri (109); SK Kuala Baram 2 (111); Samalaju (121); Bintulu (149); Mukah (131); Sibu (155); Sarikei (172) dan Sri Aman (175) di Sarawak dan Tawau (128) di Sabah.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori baik; 51 hingga 100 (sederhana); 101 hingga 200 (tidak sihat); 201 hingga 300 (sangat tidak sihat); manakala 300 ke atas berbahaya dan orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 15 2019
Isnaraissah Munirah Majilis berkata proses pembenihan awan hanya dilakukan sekiranya keadaan atmosfera dan awan yang sesuai. - Gambar BERNAMA
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Jerebu: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang
Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 5 petang ini.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
MetMalaysia jangka jerebu tidak berpanjangan - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan memandangkan tiupan angin yang kerap berubah.
Tujuh kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5pm
Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 5 petang ini.
Jerebu: Tujuh kawasan catat indeks pencemaran udara tidak sihat setakat 10 pagi
Tujuh kawasan mencatatkan bacaan IPU di paras tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas.
15 kawasan rekod bacaan kualiti udara tidak sihat
Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan IPU paling tinggi setakat pagi ini iaitu 164.
Jerebu: Orang ramai dinasihat ambil langkah pencegahan kurangkan kesan kesihatan - JKNNS
Elak lakukan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.
58 kawasan catat bacaan IPU sederhana
Sebanyak 58 stesen pemantauan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 3 petang ini.
SJKT Ladang Byram catat IPU tidak sihat
Bacaan IPU di SJKT Ladang Byram dicatatkan tidak sihat ekoran kejadian kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sejak Rabu minggu lepas.
Asap debu Gunung Sinabung dijangka masuki ruang udara Malaysia, IPU tidak terjejas - MetMalaysia
Jailan berkata, keadaan ini hanya boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras ketinggian 1,524 meter hingga 4,267 kaki dari permukaan.