Tutup

Jika demokrasi hanya untuk kapitalis, kesaksamaan ekonomi tiada - Anwar

Jika demokrasi hanya untuk kapitalis, kesaksamaan ekonomi tiada - Anwar
ANWAR: Pembangunan negara yang mapan ialah pembangunan yang mampu memberikan keperluan asas kepada seluruh rakyatnya. - Astro AWANI
WASHINGTON: Seiring dengan perubahan yang dibawa Revolusi Perindustrian 4.0, dunia perlu melihat kelestarian sesebuah ekonomi pasaran bebas dengan perspektif baharu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya demokrasi hari ini ditakrifkan dengan keperluan pasaran kelompok kapitalis, ia sekali gus menafikan pengagihan ekonomi secara saksama.
“Pembangunan negara yang mapan ialah pembangunan yang mampu memberikan keperluan asas kepada seluruh rakyatnya agar generasi yang akan datang tidak dinafikan hak mereka.

“Kita perlu lebih jelas berhubung ekonomi yang mapan jika mahu terus ke hadapan,” katanya ketika berucap di Kedutaan Kanada di Washington DC.

 
Tambah Anwar lagi, ketidaksamaan dalam pengagihan ekonomi tidak selaras dengan kehendak demokrasi.

“Perkara ini memerlukan satu dasar khusus agar ia tidak menjadi mangsa kapitalis,” tambahnya.

Anwar berkata demikian ketika berucap di The 15th Annual Seymour Martin Lipset Lecture dengan syarahan berjudul “Confronting Authoritanism” anjuran Kedutaan Kanada.

BACA: "Akhirnya, rakyat yang akan tentukan sama ada saya PM yang seterusnya atau tidak" - Anwar Ibrahim


Tag: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Washington, kapitalis, demokrasi, Revolusi Industri 4 0, ekonomi, pasaran bebas



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.