Gara-gara melakukan aksi terlampau dengan berbogel di hadapan jirannya, seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal dihadapkan ke mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini. Tertuduh, P. Maniam 49 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya, dibacakan oleh jurubahasa di hadapan majistret Mohd Firdaus Saleh. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati berkelakuan kurang sopan ketika berada di belakang rumah dengan berbogel untuk dilihat oleh seorang remaja berusia 17 tahun dan disaksikan oleh bapanya berusia 57 tahun. Kesalahan itu dilakukan di Taman Saujana Indah, Bukit Katil Melaka sekitar 5.30 petang, 18 dan 25 April 2017 lalu. Justeru, tertuduh didakwa mengikut seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 jika sabit kesalahan. Terdahulu, prosiding yang dikendalikan timbalan pendakwaraya Shazreen Nadia Saaban mencadangkan jaminan RM6,000 diberikan terhadap tertuduh. Maniam yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah jaminan yang serendah-rendahnya. Mohd Firdaus pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor. Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan. SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis. Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini Pelaksanaan rangkaian 5G oleh K-KOM melalui DNB itu akan diperluas melalui penggunaan perabot jalan seperti tiang lampu jalan.
Peniaga ke tali gantung, pijak kepala lelaki tidak dikenali sehingga maut Mangsa telah dipijak selama seminit di bahagian kepala oleh tertuduh selepas lelaki itu tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa.
Penyelia syarikat didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian Lee Han Wee mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut, akhir bulan lalu.
Polis siasat pihak sebar tuduhan pemimpin politik Melaka terbabit serangan seksual Polis telah menerima dua laporan berkaitan penyebaran mesej berkenaan.
Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan berasaskan eko, agro Inisiatif dijalankan bagi menambah produk pelancongan dan mengalihkan tumpuan pelancong yang tertumpu di pusat bandar yang kini semakin sesak ke luar bandar.
Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
Tumbuk, bawa lari kereta polis, cubaan melanggar: Lelaki mengaku tidak bersalah lima pertuduhan Tertuduh didakwa cuba membunuh seorang anggota polis yang boleh menyebabkan kematian dengan memandu laju sebuah kereta polis.
8 tahun rogol anak, pemandu teksi kini direman Seorang pemandu teksi direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas dipercayai merogol anak kandungnya yang kini berusia 14 tahun.
Rogol berkumpulan: Dua beradik dihadapkan ke mahkamah Dua beradik A. Gunasekaran dan A. Sarawanankumar, serta rakan mereka, K. Dinesh, didakwa merogol seorang remaja perempuan pada 28 Feb lalu.
Cubit anak tiri, wanita hamil dihadapkan ke mahkamah Gara-gara mencubit paha anak tirinya sehingga lebam, seorang wanita hamil berusia 28 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini.