“Abah jom balik rumah mak(nenek) Terengganu”
Itulah antara ungkapan yang masih terngiang-ngiang di telinga Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang dibunuh kejam ketika mengingatkan kembali telatah anak-anaknya ketika masih bersama dengannya.
Kata-kata itu dilontarkan Allahyarham Puteri Nurul Akma Rusdi berusia tiga tahun yang begitu beriya-iya mengajak Rusdi dan isteri, Siti Aishah Arifin, 39, balik bercuti di rumah nenek mereka di Jertih, Terengganu susulan musim cuti persekolahan.
Beliau amat terkilan dan sedih kerana Puteri setiap malam mengajak beliau ke Terengganu kerana ingin tinggal lebih lama.
Katanya sebelum ini mereka sekeluarga hanya pergi bercuti dua atau tiga hari sepanjang cuti persekolahan namun kali ini berhasrat untuk tinggal lebih lama kerana Rusdi mendapat cuti selama dua minggu.
Bagaimanapun hasrat untuk bercuti bersama anak-anak berkecai apabila kesemua anak-anaknya meninggal dunia.
“Bagi tahu dia(Allahyarham) kata tidak apalah tahun ni kita tidak payah balik, kita balik bulan 12 tahun depan. Jadi sekarang inilah tengah menghitung (mempertimbangkannya) dengan anak-anak. Jadi 12 haribulan bulan ini nak balik Terengganu. Anak yang bongsu setiap malam mengajak balik rumah 'mak' Terengganu, setiap malam panggil 'mak' sana.”
Rusdi bagaimanpun reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai ujian tuhan dan mahu pihak polis segera menangkap pembunuh anaknya itu agar ianya tidak berlaku kepada orang lain.
Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di Alor Setar jam 3.45 petang Sabtu selepas keluar rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam Jumaat.
Lebih menyayat hati, mayat puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang Ahad di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.
Astro Awani
Mon Dec 02 2013
Rusdi Rani - Foto Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Aidilfitri: Zailani hidupkan kembali tradisi nyalakan pelita kekabu
Menjelang hari raya, pelbagai idea menghias kediaman timbul dan tidak dinafikan, orang dulu-dulu lebih kreatif sehinggakan buah kekabu pun boleh dijadikan pelita.
Lelaki bakar rumah diburu polis
Seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah diburu polis kerana disyaki membakar sebuah rumah di Kampung Keruak di Hulu Besut semalam.
Tiga kedai kayu musnah dalam kebakaran di Jertih
Tiga jentera bomba dan sebuah lori tangki dengan 14 kekuatan anggota dari balai Jertih dan Besut dikerahkan ke tempat kejadian.
Lelaki bina 11 bonggol di atas jalan akhirnya mohon maaf
Nor Muhamad Roslam berkata dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan yang dipandu laju.
Mayat warga emas ditemui di halaman rumah
Mayat seorang warga emas yang tinggal bersendirian ditemui di halaman rumahnya di Kampung Gong Guchil Jertih.
Pelajar kolej lemas di air terjun Lata Tembakah
Kegembiraan 16 pelajar Kolej Teknologi dan Kemahiran Astonia berkelah di Lata Tembakah, Jerteh berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.
'Jom balik rumah nenek'-- bapa teringat kata-kata terakhir anaknya
Rusdi Rani, bapa kepada tiga beradik yang dibunuh kejam ketika mengingat kembali ungkapan anak-anaknya.
Anggota tentera parah, isteri maut dalam kemalangan di Jertih
Seorang anggota tentera parah manakala isterinya maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Km113, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu dekat Kampung Bukit Yong, Jertih.