Jumlah mangsa banjir di Teluk Intan meningkat kepada 359 orang setakat 8 pagi ini berbanding 336 orang malam tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Masjid Jamek Air Hitam.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Hilir Perak Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata sebanyak 23 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan itu manakala mangsa yang berada di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong kekal 336 orang.
"Banjir berlaku pada 4.30 pagi tadi berpunca daripada limpahan air dari Sungai Batang Padang berikutan berlaku banjir kilat di Trolak Pekan petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya paras air Sungai Bidor mencecah 15.75 meter dan penduduk yang terjejas adalah daripada dua kawasan penempatan iaitu Kampung Air Hitam dan Kampung Tengah.
Beliau berkata kesemua mangsa daripada 10 keluarga yang berada di Masjid Jamek Air Hitam terdiri daripada enam lelaki dewasa, wanita dewasa (10), kanak-kanak lelaki (dua), kanak-kanak perempuan (tiga), bayi lelaki (seorang) dan bayi perempuan (seorang).
Sementara itu, mangsa banjir yang berada di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong melibatkan 99 keluarga terdiri daripada 67 lelaki dewasa, wanita dewasa (85), kanak-kanak lelaki (65), kanak-kanak perempuan (54), lelaki warga emas (17), perempuan warga emas (19), bayi lelaki (19) dan bayi perempuan (10).
"Paras air sungai di Changkat Jong meningkat kepada 3.56 meter berbanding 3.31 meter petang semalam. Penduduk yang terjejas adalah daripada empat kawasan penempatan iaitu di Lorong Mesra di Batu 7, Lorong Kedah di Batu 8, Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9," katanya.
Kejadian banjir ini adalah yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.
Pada kejadian pertama, 14 Nov lepas, sebanyak 56 mangsa banjir dari Lorong Mesra dipindahkan.
Bernama
Thu Nov 27 2014
Jumlah mangsa banjir di Teluk Intan meningkat kepada 359 orang setakat 8 pagi ini berbanding 336 orang malam tadi. -Gambar fail
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Pusat khidmat bantuan Sungai Buloh diarah bantu mangsa terjejas banjir - Ramanan
Sebaik mendapat maklumat berkaitan kejadian itu, Ramanan segera membuat lawatan serta meninjau keadaan semasa di kawasan terjejas.
Beberapa kawasan di Seremban, Rembau dilanda banjir kilat
Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.