Jumlah rakyat Malaysia di Amerika Syarikat yang berdaftar dengan Kedutaan masih terlalu rendah berbanding jumlah sebenar berdasarkan statistik Kerajaan Amerika Syarikat.
Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Azmil Mohd Zabidi berkata setakat ini hanya hampir 26,000 rakyat Malaysia yang telah berdaftar dengan kedutaan, termasuk lebih 1,200 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di negara itu.
“Hanya lebih kurang 20 peratus pelajar telah berdaftar. Oleh itu, pihak kedutaan tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai jumlah kesemua rakyat Malaysia di sini.
“Kepada rakyat Malaysia di Amerika Syarikat yang masih belum berbuat demikian, segeralah mendaftarkan diri anda dengan pihak Kedutaan, agar kami dapat menyalurkan maklumat-maklumat penting atau informasi terkini dengan sewajarnya,” katanya menerusi temubual Skype langsung dari Washington DC, Amerika Syarikat di Buletin Bernama Jumaat malam.
pSaluran komunikasi melalui email adalah amat penting supaya rakyat Malaysia mendapat informasi yang sahih dan tepat selain dapat memudahkan pihak kedutaan menghubungi mereka dengan segera sekiranya terdapat sebarang kecemasan, tambah beliau menerusi maklum balas emel dengan Bernama.
Sementara itu, Azmil berkata rakyat Malaysia yang masih berada di Amerika Syarikat dan ingin pulang ke tanah air masih boleh berbuat demikian menggunakan penerbangan komersil.
Pada awal bulan Mac, Kedutaan telah mengeluarkan nasihat (Advisory) supaya mereka yang tidak mempunyai sistem sokongan seperti sumber kewangan yang mencukupi dan perlindungan insurans yang komprehensif untuk pulang ke Malaysia secepat mungkin.
“Alhamdullilah, ramai rakyat Malaysia telah mengikuti nasihat pihak Kedutaan dan berjaya pulang ke Malaysia dengan selamat,” katanya.
Azmil berkata pihak Kedutaan juga sentiasa memantau keadaan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana.
Pihak Kedutaan melalui Education Malaysia dengan kerjasama persatuan pelajar Malaysia di Amerika iaitu NAMSA, telah berjaya membantu ramai pelajar Malaysia yang tidak mempunyai penginapan berikutan keputusan universiti untuk mengosongkan asrama mereka, katanya.
“Antaranya ialah Inisiatif Penginapan Kecemasan (Emergency Accommodation Initiative), di mana pelajar yang menghadapi masalah penginapan boleh berhubung terus dengan pihak NAMSA atau pihak Kedutaan bagi mendapatkan bantuan,” katanya.
Disoal mengenai kekangan dihadapi pihak Kedutaan, Azmil berkata antaranya kekurangan bekalan seperti topeng muka, pembersih tangan, tisu beralkohol dan sarung tangan di pasaran, yang amat penting bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas-petugas barisan hadapan Kedutaan.
"Kita juga menerima banyak permintaan dari rakyat Malaysia di Amerika Syarikat agar membekalkan topeng muka kepada mereka,” katanya.
Azmil berkata inisiatif Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di dalam melancarkan Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) amatlah dialu-alukan bagi melindungi kakitangan Kedutaan yang meneruskan kerja mereka dalam memberi perkhidmatan konsular yang amat diperlukan.
Selain itu, saiz Amerika Syarikat yang luas juga antara kekangan dihadapi pihaknya untuk melawat atau bertemu secara langsung dengan rakyat Malaysia yang tinggal jauh dari kawasan Kedutaan atau pejabat Konsulat.
“Walau bagaimanapun, pihak Kedutaan, Konsulat di New York dan Los Angeles mempunyai talian hotline yang beroperasi 24 jam dan juga emel di mana rakyat Malaysia yang mempunyai masalah boleh menghubungi kami,” katanya.
Selain itu, pihak Kedutaan juga sentiasa menyampaikan maklumat terkini melalui laman web atau media sosial.
Jumlah kes dan kadar kematian COVID-19 di Amerika Syarikat pada masa ini adalah yang tertinggi di dunia, iaitu melebihi setengah juta kes, dan lebih dari 20,000 kematian.
Namun, jika dibandingkan dari segi jumlah penduduk, kadar kes dan kematian COVID-19 di Amerika Syarikat berdasarkan populasi sebenarnya jauh lebih rendah dari negara-negara di Eropah, katanya.
Azmil berkata setakat ini, tiada kematian atau kes positif COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia dilaporkan.
“Saya menyeru agar semua rakyat Malaysia di Amerika Syarikat agar sentiasa menjaga diri dan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan tempatan demi keselamatan dan kebajikan mereka,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 20 2020
AZMIL: Hanya lebih kurang 20 peratus pelajar telah berdaftar. -- fotoBERNAMA
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razaruddin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.