Mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui ditanam di belakang sebuah gudang lama di Kawasan Perindustrian Santong, di sini pada Ahad.

Bayi malang yang dipercayai sudah cukup umur itu ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi oleh seorang pemuda yang kebetulan berada di gudang itu untuk bertemu rakannya .

Menurut Jafmi Mohd , 32, dia datang ke gudang milik kakaknya itu untuk membuat pemeriksaan tetapi tiada pengawal keselamatan yang menjaganya dan pintu berkunci.

Dia kemudiannya cuba memasuki gudang melalui kawasan belakang sebelum menemui sesuatu yang mencurigakan .

Dia kemudiannya menemui sebuah beg biru dan bekas tanah baru digali sebelum menemui balutan kain putih dan plastik biru.

Hasil pemeriksaan menemui mayat bayi terbabit yang dibungkus rapi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Mayat katanya telah dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Menurutnya , bayi berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayat.

Kes disiasat dibawah seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu ditanam dalam keadaan hidup atau mati.