Seorang pemandu van wanita melecur hampir 70 peratus badannya akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi yang terjuntai dan jatuh menyentuh badan kenderaan sehingga terbakar.
Kejadian berlaku berhampiran Klinik Kesihatan Tatau di sini pagi tadi.
Turut cedera dalam insiden berlaku pukul 6.52 pagi itu ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang melecur 15 peratus, namun empat murid sekolah lain menaiki kenderaan sama tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau, Jankey Kilat berkata, lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau yang diketuai Pegawai Bomba, Mumin Anda telah berkejar ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.
"Mangsa dikenali sebagai Singa Gawan, berusia 55 tahun cedera parah kerana melecur 70 peratus manakala seorang budak lelaki berusia 10 tahun turut melecur 15 peratus dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, insiden itu berlaku apabila kabel elektrik di lokasi kejadian terjuntai jatuh menghalang laluan dan tersentuh badan van yang menyebabkan kebakaran di bahagian enjin.
Katanya, empat murid sekolah yang menaiki van sama dilaporkan masih berada dalam keadaan fobia kerana panik melihat kejadian tersebut.
Setiba di lokasi, katanya, pasukan bomba mendapati kebakaran itu telah berjaya dipadam oleh orang awam menggunakan tiga alat pemadam api.
Katanya, pemandu van sekolah terbabit telah dirujuk ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Angelina Sinyang
Tue Oct 01 2019
Seorang wanita cedera parah manakala seorang murid sebuah sekolah rendah di bahagian bahu akibat terkena renjatan elektrik. - Foto PDRM
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu.
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat
Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah
Sarawak Shell Bhd dan PTTEP HK Ltd Thailand dijangka menyuntik pelaburan berjumlah AS$10.0 bilion (RM44.1 bilion) untuk mengkomersialkan gas masam di kawasan luar pesisir Sarawak.
Orang ramai selamatkan dua lelaki dari rentung
Dua jentera diatur gerak ke lokasi, dengan kekuatan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bintulu dan Balai Kidurong.
Petronas umum penemuan gas di perairan Bintulu, Sarawak
Telaga cari gali Cengkih-1 di Blok SK 320 terletak di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 220 kilometer dari perairan Bintulu.
Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu
Kawasan Rosmari-Marjoram akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui, menggunakan tenaga solar untuk platform luar pesisir.
Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar
Usaha mengesan seorang guru berusia 33 tahun masih giat dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dua pelajar sekolah menengah Sebauh, Tatau di Bintulu.