Tutup

Kabinet lulus penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET - Maszlee

Kabinet lulus penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET - Maszlee
DR MASZLEE: Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia akan menjadi penyelaras Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Peringkat Nasional. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) Peringkat Nasional bagi menyelaraskan kesemua aspek berkaitan dengan sektor TVET di negara ini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan hari ini berkata jawatankuasa itu akan memastikan TVET dilaksanakan dengan berkesan membabitkan kesemua kementerian dan agensi.
"Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia akan menjadi penyelaras Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Peringkat Nasional," katanya.

Mengenai Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET bagi melihat isu TVET di peringkat Kementerian Pendidikan pada Jun lepas, Maszlee berkata Kabinet turut bersetuju memberikan beliau (Nurul Izzah) mandat melaksanakan kajian merentasi kesemua kementerian.
-- BERNAMA