Tutup

Kabinet setuju larang penggunaan label negatif terhadap minyak sawit

Kabinet setuju larang penggunaan label negatif terhadap minyak sawit
Menurut Menteri MPI, Teresa Kok, perundangan ini diharap dapat membendung perbuatan yang memburukkan reputasi minyak sawit keluaran tempatan dan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Satu perundangan yang melarang apa-apa ungkapan atau petunjuk negatif berkenaan minyak sawit akan diwujudkan.

Cadangan tersebut telah dipersetujui Kabinet selepas dibentangkan oleh Kementerian Industri Utama (MPI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) 18 Oktober lalu.

Menurut Menteri MPI, Teresa Kok, perundangan ini diharap dapat membendung perbuatan yang memburukkan reputasi minyak sawit keluaran tempatan dan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Seperti yang kita lihat terdapat produk-produk yang diimport dari luar negara yang mempunyai label ‘bebas minyak sawit’, ‘tiada minyak sawit’, atau ‘palm oil free’ yang dijual dalam pasaran tempatan.
“Penggunaan label negatif tersebut adalah salah satu propaganda yang didorong dan disokong oleh pengeluar produk tempatan di Eropah bagi melindungi pasaran produk mereka.

“Tanggapan dan dakwaan negatif ini adalah tidak benar dan memberikan gambaran yang negatif terhadap produk berasaskan sawit yang tidak disokong oleh fakta saintifik yang tepat,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.
Sementara itu, Menteri KPNDHEP, Datuk Seri Saifuddin Naustion Ismail menjelaskan bentuk perundangan yang sesuai akan dikaji dengan pihak berkepentingan dengan lebih teliti untuk menangani isu ini.

Pada masa sama, KPDNHEP telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan pemeriksaan ke atas produk-produk yang mempunyai penandaan atau petunjuk negatif seperti yang dimaklumkan.

“Melalui pemeriksaan yang dijalankan oleh KPDNHEP di 2,609 premis di seluruh negara, dan menemui 12 produk yang mempunyai penandaan negatif.

“Pegawai penguatkuasa kementerian telah menasihati peniaga untuk tidak lagi mempamerkan produk-produk tersebut untuk jualan,” jelasnya.




Tag: minyak sawit, Kementerian Industri Utama, label negatif minyak sawit, KPNDHEP, Kabinet, Teresa Kok, Saifuddin Naustion Ismail



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.