Isu rombakan kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Jelas Dr Mahathir, tidak ada mana-mana menteri membangkitkan isu tersebut pada mesyuarat yang berlangsung di Putrajaya pagi tadi.

“Kabinet kita bincang banyak perkara. Seperti biasa kita tidak dedahkan apa yang kita bincang, tapi ia berkaitan masalah negara serta bagaimana nak selesaikan masalah-masalah.

“Tak ada siapa bercakap pasal rombakan kabinet,” katanya pada sidang media di Univeriti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

BACA: Tun M pertimbang rombak kabinet, namun kemungkinan sebelum APEC 2020

Beliau sebelum itu menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Malaysia Future Leaders School (MFLS) hari ini.

Pada Rabu, Dr Mahathir akui mempertimbang cadangan untuk diadakan rombakan kabinet selain menyifatkan ia tidak akan dijalankan secara tergesa-gesa susulan penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) tahun hadapan.