Dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung sebuah keluarga yang mempunyai dua anak menghidap penyakit kritikal seperti yang tular di media sosial sejak semalam, kerajaan negeri menaikkan kadar Bantuan Kanak-Kanak (BKK) daripada RM200 kepada RM300.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri Nicole Tan Lee Koon berkata kenaikan BKK daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seremban itu akan mula diberikan November ini.
"JKM telah mengadakan lawatan terhadap keluarga ini iaitu pada Mac 2019 dan lawatan susulan Isnin lalu ... justeru kita putuskan kadar BKK dinaikkan kepada RM300 berbanding RM200 sebelum ini.
"Kerajaan negeri melalui JKM, Baitulmal serta rakan strategik yang lain telah membantu keluarga ini bagi meringankan beban mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Dalam laporan itu, Nur Fatihah Mohamad Azroy berusia setahun dilaporkan mengalami masalah jantung manakala Nur Aisyah Mohamad Azroy berusia empat bulan turut mengalami masalah jantung dan perlu mendapat rawatan secara berkala di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan Hospital Serdang, Selangor.
Mengulas lanjut, Tan berkata beliau sendiri merancang untuk mengadakan lawatan sekali lagi terhadap keluarga berkenaan Khamis ini.
Terdahulu, Tan dalam satu kenyataan berkata bertindak daripada aduan, Pejabat JKM Daerah Seremban telah melakukan lawatan ke rumah ibu kanak-kanak berkenaan Farah Idayu Mohd Shah, 29, oleh Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Asnur Hisyam Asura, Pembantu Pembangunan Masyarakat Suryati Kamalrudin dan Pegawai Psikologi Chan Yi Teng kira-kira pukul 5.15 petang, Isnin.
Berdasarkan temu ramah yang dijalankan mendapati keluarga itu adalah penerima BKK sebanyak RM200 sebulan sejak Mei 2019 sehingga kini.
Menurut Farah Idayu, beliau mempunyai tiga orang anak dan yang sulung, Nur Amanina Abdul Qayyum berusia tiga tahun tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
Farah Idayu tinggal bersama suami dan tiga orang anaknya di sebuah rumah sewa di Bandar Seremban Selatan, Sungai Gadut dekat sini dan suaminya bekerja sebagai pembantu pasar malam dengan upah sebanyak RM50 sehari selain turut mengambil upah membaiki kenderaan rakan-rakan untuk menambah pendapatan.
Beliau hanya bergantung kepada pendapatan suaminya untuk menampung perbelanjaan susu kedua-dua anaknya bernilai RM750 selain terpaksa mencatu makanan.
Farah Idayu yang menerima bantuan daripada Baitulmal yang digunakan untuk perbelanjaan perubatan anak-anak dan tunggakan sewa rumah memaklumkan, pernah membuat pertanyaan di laman Facebook JKM untuk kenaikan kadar bantuan dan makluman yang diterima, bantuan akan dinaikkan apabila tempoh kaji semula dibuat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 16 2019
Kenaikan BKK daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seremban itu akan mula diberikan November ini. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Kadar bantuan dua kanak-kanak hidap penyakit kritikal dinaikkan - Exco
Dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung sebuah keluarga yang mempunyai dua anak menghidap penyakit kritikal kerajaan negeri menaikkan kadar Bantuan Kanak-Kanak daripada RM200 kepada RM300.