Walaupun Labuan ialah pusat kewangan antarabangsa, kadar jenayah di pulau bebas cukai ini adalah antara yang paling rendah di negara ini.

"Sebenarnya, jenayah harta benda serius dan jenayah berkaitan pecah rumah mencatatkan penurunan ketara dan oleh itu, kita akan meningkatkan usaha untuk menangani jenayah berkaitan dadah," kata beliau.

Keadaan keselamatan di Labuan terus terkawal, kata Ketua Polis Labuan, Superitenden Adzhar Othman.

Beliau memberi jaminan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi mengawal keselamatan.

"Semuanya dalam keadaan baik, tidak perlu bimbang," kata beliau kepada pemberita selepas menerima kek Hari Polis daripada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa.

Beliau berkata program mendekati masyarakat yang dilancarkan oleh polis akan diteruskan kerana ia banyak membantu menangani gejala sosial dan kegiatan jenayah. - BERNAMA