Kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga minyak adalah bertepatan buat masa ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata ini kerana penetapan harga minyak di Malaysia dipengaruhi pasaran harga bahan api dunia yang tidak tetap.
"Jika dilihat pada permulaan kaedah pengapungan secara mingguan ini dilaksanakan, sebanyak 17 sen telah diturunkan bagi RON95 dan 19 sen untuk RON97 serta sembilan sen bagi diesel - masyarakat masih lagi mendapat manfaat kerana harganya masih munasabah dan terkawal.
"Bagaimanapun, kerajaan sentiasa bersiap sedia untuk mengambil langkah lebih proaktif sekiranya harga minyak dunia naik secara mendadak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MyPrihatin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) peringkat Parlimen Titiwangsa di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan.
Beliau mengulas masalah kenaikan harga minyak sebanyak dua kali sepanjang bulan ini yang dilihat membebankan rakyat.
Johari juga tidak menolak kemungkinan peperangan di Syria ketika ini memberi impak kepada kenaikan harga minyak dunia.
"Apabila ada serangan dari Amerika Syarikat terhadap negara itu (Syria) yang merupakan pengeluar minyak di rantau Asia Barat, maka pelbagai pihak berpendapat bekalan minyak dunia akan terganggu...ini antara berlaku peningkatan harga minyak secara mendadak," katanya.
Harga runcit mingguan bagi tempoh 13-20 April untuk petrol RON95 naik lapan sen kepada RM2.24 seliter, RON97 naik sembilan sen kepada RM2.52 seliter manakala diesel naik lapan sen kepada RM2.16 seliter.
Sementara itu, pada program berkenaan, seramai 325 peserta berjaya mendapatkan lesen memandu percubaan motosikal B2 (motosikal tidak melebihi 250cc)
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2017
Penetapan harga minyak di Malaysia dipengaruhi pasaran harga bahan api dunia yang tidak tetap. - Gambar hiasan
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.