Sangat mengagumi pengorbanan dan kerja keras Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, demikian akui kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang kisahnya tular selepas mengirimkan surat persahabatan kepada Ketua Pengarah Kesihatan itu.
Astro AWANI hari ini berpeluang menemu bual kanak-kanak tersebut, Lara Khadijah McAfee bagi menyelami isi hati di sebalik mesej surat dan gelang tangan istimewa yang didekasikan khas kepada Dr Noor Hisham.
Menurut murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman itu, idea untuk menulis surat dan menghasilkan gelang tangan tersebut tercetus selepas dia melihat kesungguhan petugas barisan hadapan khususnya Dr Noor Hisham dalam mengekang pandemik COVID-19.
"‘Loom Band’ itu sebagai tanda persahabatan. Jadi, saya buat untuk beliau dan memilih warna biru kerana ia warna (lambang) kebersihan. (Idea menulis surat) semua orang (dia dan keluarga).
"Ia sebagai tanda persahabatan (Loom Band) dan saya suka menghasilkannya. Jadi, ia seperti hobi... dan ini gelang yang sama yang buat untuk beliau tetapi bersaiz kecil," katanya ketika dihubungi melalui Sykpe, pada Sabtu.
Lara yang jelas kelihatan gembira turut menzahirkan perasaan bahawa dia tidak menyangka surat tulisan tangannya itu mendapat perhatian Dr Noor Hisham.
Sementara, ibu Lara, Mutiara Jusuf McAfee, 46, berkata ia lebih bermakna apabila surat yang dibalas oleh Dr Noor Hisham begitu peribadi kepada anak bongsunya itu.
"Kami memang tidak sangka sebab surat itu (untuk sampaikan ucapan) terima kasih dan tidak sangka ia dibalas pun. Tetapi yang kami tersentuh sekali adalah apabila Datuk (Dr Noor Hisham) membalas (surat itu) begitu 'personal' sekali kepada Lara," ujarnya.
Jelas Eksekutif Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan Terengganu Incorporated itu, beliau dan suami, Pengarah Pusat Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Anuar McAfee, 55, sentiasa menggalakkan anak-anak mereka untuk meluahkan perasaan melalui penulisan.
"Dia (Lara) cakap nak ucap terima kasih, jadi kita (ibu bapa) pun menggalakkan dia, beri panduan apa yang dia nak tulis dan kita serahkan sepenuhnya kepada dia (Lara)," katanya.
Sejak beberapa hari lalu, surat kiriman Lara mencuri tumpuan netizen selepas Dr Noor Hisham membalas surat kanak-kanak itu pada 16 April lalu.
Lebih menyentuh hati apabila Dr Noor Hisham turut menitipkan kata-kata semangat dan penghargaan kepada Lara, selain mengakhiri surat tersebut dengan kata-kata “From your new friend, Dr Hisham.”
BACA: Gelang persahabatan Lara Khadijah buat Dr Noor Hisham... lambang penghargaan atas pengorbanan
Astro Awani
Sat Apr 18 2020
Sejak beberapa hari lalu, surat kiriman Lara mencuri tumpuan netizen selepas Dr Noor Hisham membalas surat kanak-kanak itu pada 16 April lalu.
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Masyarakat dinasihati pantau penggunaan tenaga elektrik
Ketua Pegawai Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamal Ariffin A.Rahman berkata cuaca panas melampau mampu memberi kesan kepada kadar permintaan dan penggunaan peralatan elektrik isi rumah.
Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 7 Shah Alam pada Jumaat.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Masters Sepanyol: Jun Hao, Wan Arif-Roy King teruskan cabaran
Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi.
Ringgit dibuka rendah susulan jangkaan AS tangguh turun kadar faedah
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar AS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
BIZone: Astro perkenal pek kandungan baharu untuk sektor F&B
Astro memperkenalkan pakej kandungan sukan baharu khas untuk sektor perniagaan berasaskan makanan dan minuman yang dikenali sebagai BIZone.