Kebebasan media sosial di negara ini perlu dikaji semula untuk memastikan ia tidak menjejaskan keharmonian antara kaum, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau merujuk kepada insiden di Plaza Low Yat pada Ahad lepas apabila rusuhan berlaku dan terdapat pengguna internet atau netizen menyebarkan maklumat palsu dan mengapi-apikan pergaduhan.
"Saya fikir kita perlu lihat kepada kebebasan media sosial sekali lagi kerana pelbagai perkara disebarkan ... mungkin 20 peratus fakta dan 80 peratus pembohongan," katanya kepada pemberita semasa melawat Plaza Low Yat di sini hari ini.
"Saya fikir kita perlu ikut apa yang Perdana Menteri kata dan memastikan maklumat (yang boleh mencetuskan masalah) tidak disebarkan menerusi media sosial.
"Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus kaji perkara ini."
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa orang ramai untuk tidak menyalahgunakan maklumat yang boleh memburukkan lagi keadaan susulan insiden itu.
Beliau tidak mahu situasi itu dijadikan isu perkauman.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, mengingatkan netizen untuk tidak memainkan sentimen perkauman.
"Perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang membuatkan Malaysia menjadi seperti apa yang ia wujud sekarang. Kita telah memupuk dan mengecapi keamanan dan keharmonian selama 58 tahun. Jadi, jangan lakukan sesuatu yang boleh mencetuskan sebarang masalah perkauman," katanya.
Bernama
Wed Jul 15 2015
KU NAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus kaji kebebasan media sosial.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya
Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.
Dua suspek ditahan kes gaduh di kedai makan
Kedua-dua lelaki berusia 40 dan 38 tahun itu ditahan pada Ahad di dua lokasi berbeza.
Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial mengenai sekumpulan lelaki bergaduh.
Siasatan kes gaduh perlawanan TFL lengkap, 6 ditahan
Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan dirujuk terlebih dahulu ke Bukit Aman sebelum proses selanjutnya dilakukan.
Gaduh guna senjata, tiga lelaki ditahan
Kesemua suspek berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi berbeza.
15 individu ditahan terlibat pergaduhan dua keluarga
Seramai 15 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan yang membabitkan dua keluarga di kejiranan yang sama.
Polis panggil lima individu kes gaduh dengan penghantar barangan
Kejadian tular di media sosial menerusi dua rakaman video berdurasi tiga minit 15 saat dan dua minit 15 saat.
Dua geng 'tow truck' bergaduh di Kampung Malaysia Tambahan, 10 ditahan reman
Menurut Zam Halim, siasatan ke atas semua 10 suspek itu akan dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Berebut pelanggan: 8 pekerja trak tunda ditahan bergaduh
Polis menahan lapan lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan yang dipercayai membabitkan dua kumpulan pekerja trak penunda kereta di Kampung Malaysia Tambahan di sini awal pagi tadi.
Perselisihan faham punca individu cedera dipukul sekumpulan lelaki
Polis Daerah Klang Selatan menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung insiden pergaduhan itu pada jam 6.31 petang, hari sama.