Wakil tunggal PAS di Pulau Pinang memohon kerajaan agar mengkaji semula waktu empat syif bekerja bagi golongan wanita agar kaum itu dapat memperoleh ruang bersama keluarga tercinta.
Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) berkata, kerajaan perlu mencari mekanisme untuk kaum Hawa yang bekerja syif terutama pada waktu malam agar mereka memiliki lebih masa berada di rumah berbanding di tempat kerja.
"Setelah 10 tahun terlaksananya kerja empat syif dan tempoh bekerja selama 12 jam, didapati institusi keluarga kian runtuh, begitu juga dengan masyarakat kampung dan komuniti yang sudah tidak berfungsi, hilangnya nilai-nilai kasih sayang, budi pekerti dan keprihatinan sesama masyarakat.
"...yang untungnya golongan kapitalis," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, di sini pada Rabu.
Lebih menyedihkan, Mohd Yusni berkata golongan wanita itu terpaksa keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang ke rumah pada 8.30 malam.
"Bolehkah beri kasih sayang? Sudah penat bekerja, bukan sahaja tidak dapat berehat malahan keesokan paginya perlu kembali bekerja.
"Maka kerajaan mesti mencari mekanisme bagaimana hendak atasi masalah ini khususnya bagi pekerja wanita dan ibu-ibu yang sememangnya mereka ada tanggungjawab dan komitmen dengan anak-anak dan keluarga," katanya.
Justeru, beliau berkata kerajaan harus memainkan peranan penting dalam memastikan institusi keluarga dibaik pulih serta diperkasakan.
Dalam pada itu, Mohd Yusni turut meminta kerajaan supaya menghapuskan tol feri bagi pejalan kaki serta penunggang basikal dan motosikal dalam pembentangan Belanjawan 2020, kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 14 2018
Kerajaan perlu mencari mekanisme untuk kaum Hawa yang bekerja syif terutama pada waktu malam agar mereka memiliki lebih masa berada di rumah berbanding di tempat kerja. - Gambar hiasan
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi - Hajiji
Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024
Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim
Graduan Palestin hadir majlis konvokesyen tanpa keluarga tercinta
Ibu, bapa serta ahli keluarga Hanan Kamel tidak dapat hadir menyaksikan majlis konvokesyennya disebabkan konflik yang melanda negaranya ketika ini.
Kos makan luar antara RM200 hingga RM2,500 sebulan
Mereka berpendapat jumlah wang yang dikeluarkan untuk makan di kedai adalah tidak jauh berbeza berbanding kos memasak di rumah.
Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok
Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Keciciran pelajar bukan hanya disebabkan kemiskinan
Antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah, taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru.
'Saya yang kena tuduh, saya pula kena isytihar harta' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang mendakwa beliau menggunakan kuasa untuk memewahkan diri dan keluarga.
Keluarga Malcolm X fail saman ke atas FBI, CIA dan polis
Jabatan Polis New York dalam pada itu enggan mengulas proses perundangan yang masih berjalan.
Lebih sebulan hilang ketika tunai umrah, usaha cari guru diteruskan keluarga
Muhammad Nabil, 26, berkata dia sendiri akan berangkat ke Mekah pada 20 Januari dan akan berada di Tanah Suci selama kira-kira 14 hari.
Poligami perlu ikut undang-undang, jujur dengan pasangan - Exco
Ada enakmen digubal demi kebajikan dan kepentingan pihak-pihak dalam perkahwinan termasuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan saudara-mara.
Konflik kerja-keluarga: Implikasi negatif terhadap kesihatan
Jika diperincikan lagi, penglibatan wanita secara aktif dalam tenaga kerja merupakan salah satu faktor penyumbang kepada timbulnya isu ini.