Kajian mengenai Situasi Buruh di Sektor Perladangan telah siap dan akan diserahkan kepada Jabatan Buruh Amerika Syarikat (DOL) dalam masa terdekat, kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Mengulas perkara itu, beliau berkata kajian dijalankan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perangkaan dan wakil Pertubuhan Buruh Antarabangsa selama dua tahun bermula pada 2018.
Kajian dijalankan bagi membuktikan bahawa Malaysia mendukung amalan buruh yang baik dan mematuhi keperluan amalan terbaik dan undang-undang buruh sekali gus menyatakan pendirian negara menentang amalan buruh paksa.
"Isu buruh paksa ini dibincangkan di peringkat kementerian secara serius dan menjadi pelan jangka panjang kementerian untuk bergerak mencari jalan penyelesaian terhadap isu berbangkit.
"Kita (kementerian) buat kajian dan ia sudah siap malah mendapat kelulusan Kabinet dan akan diserahkan kepada DOL dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Mohd Khairuddin berkata kajian itu juga bertujuan menangkis laporan berita asing yang mendakwa sebuah syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar tempatan menggunakan buruh paksa sehingga Amerika Syarikat menyekat import produk syarikat tersebut.
"Segala tuduhan terhadap syarikat itu adalah tidak berasas," katanya.
Media asing sebelum ini melaporkan Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) terbabit dalam penggunaan buruh paksa namun hasil siasatan Jabatan Tenaga Kerja mendapati tuduhan itu tidak berasas.
Justeru itu, beliau berkata kerajaan menyokong usaha Top Glove menjalankan audit dalaman sebagai usaha menolak dakwaan menggunakan khidmat buruh paksa di kemudahan (premis) pembuatannya.
Mohd Khairuddin berkata walaupun dakwaan itu tidak benar namun beliau mengingatkan semua sektor termasuk perladangan dan komoditi di negara ini agar tidak menggunakan khidmat buruh paksa atau buruh kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 05 2020
Media asing sebelum ini melaporkan Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) terbabit dalam penggunaan buruh paksa namun hasil siasatan Jabatan Tenaga Kerja mendapati tuduhan itu tidak berasas. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.