Tiga individu termasuk ibu kepada kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan yang mati dipercayai akibat penderaan direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan.

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata selain ibu mangsa, dua lagi adalah teman lelaki ibu mangsa dan suami kepada pengasuh kanak kanak berkenaan.

Ketiga-tiganya yang berumur awal 20-an di tahan di kediaman mereka di blok A-18-17, Apartment Impian Baiduri, Petaling Jaya awal pagi tadi.
ACP Mohd Zani berkata hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati terdapat kecederaan parah di bahagian perut akibat hentaman kuat dengan objek tumpul.

Sementara itu, jiran-jiran mereka terkejut dengan apa yang berlaku dan mengakui tidak mengenali mereka.