Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala bapa saudara dan sepupunya mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 13, Jalan Kangar-Alor Setar berhadapan sebuah stesen minyak di Simpang Empat, Kangar, pada Selasa.
Mangsa yang maut, Irfan Zahran Mohammad Yazid, 6, dari Kuala Perlis meninggal di tempat kejadian, manakala bapa saudaranya Rosli Hussin, 45, dan anak lelaki Rosli, Muhammad Muhaimin, 6, dari Simpang Empat mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian 5.05 petang itu, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Bunga Emas hendak keluar ke jalan utama menghala ke Jalan Kangar-Alor Setar apabila dirempuh MPV itu dari sebelah kiri jalan utama dan turut melanggar tiang elektrik sehingga patah.
"Semasa kejadian didapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun yang hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sehingga merempuh motosikal berkenaan," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata pemandu dan empat penumpang MPV jenis Toyota Estima terbabit tidak mengalami kecederaan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat manakala dua lagi mangsa kini masih dirawat di Unit Kecemasan HTF,” katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca kemalangan masih disiasat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 24 2019
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tunku Fauziah untuk dibedah siasat. - Foto Sinar Harian
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Insiden tembakan KLIA: Anak-anak tidak sabar jumpa bapa - Isteri
Dua anak kepada pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan dalam insiden di KLIA, sudah tidak sabar untuk bertemu bapa mereka.
Lelaki lepas tembakan, cuba bunuh isteri di KLIA
Tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Pembantu stor maut motosikal terbabas bertembung treler
Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan kemudian bertembung dengan sebuah treler di Gua Musang.
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Wanita hamil maut motosikal dinaiki berlanggar dengan van klinik pergigian
Seorang wanita Orang Asli yang hamil empat bulan maut selepas motosikal dinaikinya berlanggar dengan van klinik pergigian di Kilometer 37.8 Seremban-Tampin, Pekan Kota di sini petang tadi.
Pekebun mengaku tidak bersalah cederakan anggota polis
Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis dengan melanggar mangsa menggunakan sebuah kereta.
Pekerja penyelenggara maut kepala tersepit lif
Seorang pekerja penyelenggaraan maut selepas kepalanya tersepit ketika menyelenggara lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burmah, Pulau Pinang pada petang Selasa.
Lelaki maut dihempap pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Lelaki cedera parah kereta rempuh kedai
Kereta mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kedai di tepi jalan.