Kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera bapa

Kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera bapa
Hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak malang itu petang Khamis mendapati kematiannya disebabkan kecederaan tumpul berganda pada keseluruhan badan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tidak sampai sebulan kes bayi berusia 9 bulan meninggal dunia akibat didera di Kajang, berlaku satu lagi kes terbaharu kali ini membabitkan seorang kanak kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai didera.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof pihaknya menerima laporan polis oleh seorang Doktor dari Jabatan Kecemasan Hospital Serdang berhubung kejadian itu kira kira jam 10.30 malam Rabu.

Jelasnya, kanak kanak itu dibawa oleh keluarganya ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan luka dan lebam dibahagian kepala, badan serta kaki dan tangan.

Bedah siasat membuktikan mangsa maut akibat kecederaan di seluruh badan.

Bertindak atas maklumat, suspek yang juga ayah mangsa berusia 43 tahun ditahan di Balai Polis Semenyih jam 9.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tag: Semenyih, meninggal dunia, dera, maut, Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, Hospital Serdang, Kajang, bapa, mangsa, mahkamah, membunuh, suspek, siasatan, polis, reman, Kanak-kanak


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.