Seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun ditemukan lemas, hari ini, selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran Jalan Helang 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata mangsa, Muhammad Fakrul Najman Fauzi yang juga murid Sekolah Kebangsaan Nusa Damai, Pasir Gudang itu dipercayai sedang bermain di tepi parit berkenaan bersama seorang rakan pada jam 3 petang semalam sebelum terjatuh.
"Ketika bermain, secara tiba-tiba mangsa tergelincir dan terus dihanyutkan air. Rakan mangsa kemudiannya segera pulang untuk dapatkan bantuan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ketika kejadian hujan sedang lebat dan air di dalam parit selebar kira-kira 20 kaki dan 15 kaki dalam itu mengalir deras sehingga ke Sungai Kim-Kim, Pasir Putih iaitu kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.
Operasi mencari dan menyelamat dimulakan petang semalam melibatkan seorang pegawai dan tujuh anggota polis, seorang pegawai dan 19 anggota bomba, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam serta lapan anggota Rukun Tetangga ditangguh pada 12 malam tadi dan disambung semula 7 pagi ini.
Jokhiri berkata mayat kanak-kanak itu dijumpai pasukan penyelamat pada 8.30 pagi tadi di terusan sungai berhampiran lampu isyarat Taman Bacang, Jalan Kong Kong-Masai, kira-kira sembilan kaki di bahagian bawah dasar sungai.
"Mayat dijumpai dalam keadaan sempurna fizikal dan lengkap berpakaian cuma sedikit kembung dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini, pada 9.30 pagi tadi untuk bedah siasat," katanya dengan menambah operasi itu dihentikan pada 10 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Timbalan Penguasa Bomba Ibrahim Omar yang dihubungi berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia jatuh.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada 4.50 petang semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2017
Kanak-kanak sembilan tahun ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam parit dan dihanyut arus deras Jalan Helang 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, di sini. - Gambar hiasan
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Guna nama Kementerian Komunikasi untuk memperdaya
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Menteri Luar Singapura antara yang terima surat dengan ugutan dan imej yang dimanipulasi
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan merupakan antara beberapa Ahli Parlimen di negara ini yang menerima surat berbaur ugutan beserta imej yang dimanipulasi.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Kanak-kanak sembilan tahun ditemui lemas
Seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun ditemukan lemas, hari ini, selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran Jalan Helang 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini, petang semalam.